Sunday, December 27, 2009

tiba-tiba terpikir
lama x update blog.
fatin: kenapakah x update?
amalia:busy
fatin: busy apakah?
amalia:cuti
fatin: bestkah cuti?
amalia: best !

sungguh pelik siapa yg tidak rasa bestnyer cuti !

Tuesday, December 15, 2009

when its hard.

its hard to bliv !
help me, i'm still pretending not knowin that thing..
how can I go on with this " hard" feelin????

Wednesday, June 10, 2009

...kisah aku dan usop sontorian...

sapa suka citer nih?
raise your hand!











pagi tadi tengok citer nih kat tv9
no more astro ceria 611
hahaha
teringat kisah darjah 1 !

once upon a time...

Thursday, June 4, 2009

semalam vs yesterday

tak sangka la pulak:

SEMALAM
.
YESTERDAY

apa kaitannya?

rupanya-rupanya malya baru tau lagu
SEMALAM nyanyian MIRWANA =YESTERDAY nyanyian THE BEATLES

adus...aku baru tau semalam !

langsung tak sedar seblom nih.
patutlah first time dengar versi mirwana dulu,aku rasa macam kenal jer lagu nih...

the beatles:


Yesterday
all my troubles seemed so far away
N
ow it looks as though they`re here to stay
Oh I believe in yesterday

mirwana:


Semalam...
Terukir peristiwa silam

kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam




nasib baik ada semalam!





Wednesday, June 3, 2009

03.06.09 - tarikh bertunang?

tarikh ini saya rasakan amat comel!
suka la...
tapi hari ni amat letih:
1.finish up medical check-up,tp x finish-finish lagi ni.sakit la tangan nih,darah tanak keluar pulak.kenapa ya? mesti semalam beta menjadi habuan nyamuk-nyamuk ! dushdush...
2."hang out" bersama tok@ nenek untuk pegi beli baju beliau:
~ tok belanja sepasang kasut! agal shomel( suka sangat ! )
3.balik tergesa-gesa solat zohor,sebab udah lewat
4. electrik rumah asyik x der!( blackout) dari malam semalam lagi,tidur bertemankan encik dan puan nyamuk ! sangat geram.elektrik kejap ada, kejap takda pulak .macam CHIPSMORE...nyum-nyum.


kesimpulannya: tarikh ini comel ! itu saja...harap maklum ya
walaupon cik malya suka no 7 dan 8
tarikh ini tetap comel ! boleh buat tarikh bertunang nih,tapi dimana mau dicari "groom"nya?



tapi hari ini tak mungkin boleh berulang dan menjadi tarikh tunang beta....


Saturday, May 23, 2009

one drop cukup ker?

pada satu malam,iaitu mlm 2 hari lepas,aku n family xcept king of da family( turn ayah pulak jaga rumah memalam) pegi la ke ANEKA~ mau beli barang2 dapur/aku nak cuci mata ja....pastu beli la bebarang..abes!
pastu jln la sumer ahli family aku dgn terhuyung hayang keluar dr aneka coz abang memarking keta kat luar,dah la jauh,x de tempat parking! basement dia taknak coz memerlukan ongkos...ntah seringgit bapa ntah !isy......kedekut jugak!.aku pon berjalan laju,selaju y mungkin ni,sbb nak pegi beli manik koran(nak jahit kat baju kurung ).Takut kedai tutup pulak! malas dah nak dtg lain kali...alang-alang tu kan...
dari jauh aku usha keta y berwarna biru itu.no plate sama,tempat parking pon sama,tapi x ada org! aik...mana semua org ni? ayooo...aku keseorangn jenjalan kat belakang coz asyik usha org! dah la handfon tak bawak! alamak...
aku toleh ke kanan,rupa-rupanya mereka masih ada...hehe..masuk kedai makeup/saloon kot,ntah la! aku pon masuk...tgok2 mak tgh berunding nak beli set pencuci mukanya...aku dongak kepala,nampak onedropperfume kat rak paling atas! sambil bisik kat Ain( adik perempuan sy) nanti bajet last akak nanak beli perfume tu la,skrg x cukup bajet.Tanpa aku sedar abg perasan!hari tu kan dia x sempat nak belikan... Dia tanya nanak ka? mesti akak nanak........hehe

abg:wangi ka?
amalia: ntah,wangi la kot...( muka blurrr)
abg: ambek la,abg belanja!
amalia: wokeh! set......(muka happy x terkata)

aku pon mencapai kotak y kaler pink! ntah la wangi ke tak......
tanya akak tu y mana wangi?dia pon tatau...ish3..sedih
pastu dia cakap pulak purple n hijau kot dik...abg buka kotak purple n dia cakap ok la...
aku pon amek la kaler purple,abg buka wallet bayar! harapan aku adalah aku dpt duit balance tu coz abg dah jln keluar!
sekali abg cakap, aik......mana balance? wakakakaka..............padan muka amalia!





sekali aku pakai besa ja....cuma best sbb barang free...hehe
=)

Wednesday, May 20, 2009

...org jauh balik..

Alhamdulillah...hari ni abg selamat sampai pulang ke rumah..."welcome back abang"!!!!mak,tok,mak ngah n mak lang dari pg semalam busy buat ketupat n rendang.Almaklumlah,org jauh nak balik...itulah salah satu cara diorang nak tunjukkan yang diorang sayang kan? agak jeles nih...ekekeke~haha...Risau jugak abg balik ni,kan H1N1,dia cakap tempat dia memang takder,tapi nak pg airport new york tu ada,pastu transit pulak kat Hong Kong..mak ai,tempat serius tu! Aku pon busy la ym ngn dia cakap suruh pakai mask tu..ala y protect tu la..
sekali dia cakap"tau la..abg dah plan",hehe..aku cakap la,reminder ntok beloved bro..haha..agak poyo la jawapan tu..memang la,nak sayang sapa lagi kalo tak sayang adik-beradik nih ?
mama mata air abg pon asyik busy jer call jer,showing her care....mmg dia care pon,x kisah sesapa ja..tambah2 bakal tuttt.......haha

abg cakap rimas dia dok kat dlm flight , 9 jam pakai mask tu,sabar je la.Takot dpt penyakit tu,lg teruk..kan?pastu turun kt KLIA ada check up plak.ambik suhu badan la,siap tangkap gambar lg(diorang nak masuk record kot,senang detect nanti) tp keseluruhannya mmg penat la...tapi tapa,nampak Malaysia memang sgt teliti nak cegah H1N1 dari merebak seluruh malaysia.saya sayang malaysia sebab MALAYSIA sgt CARE ....

apa yang aku tunggu bila abg balik???jeng-jeng-jeng...PRESENT la..ni saya punya!

aku cakap nak yang murah tapi versatile...





sekarang kes ragut !



Pastu,cerita bila abg dah sampai rumah.meriah bukan main la...selongkar beg!
Satu lagi yang abg x sempat nak beli,perfume ntok amalia! Takut nak pergi shoping sbb skrg ni kes H1N1,yang beli ni,semua beli lama dah......ok la abg,yang ada ni pon lebih dari cukup.Pastu pukul 1tengah hari,bila semua org nak menyuap nasi ke dalam mulut dia nak tidor!Dia cakap kat sana pukul 1 pagi nih...masuk bilik dalam 15 minit,dia keluar sambil berkata...
PANAS nya
dengan muka mamai,masuk bilik yang ada ekon!adoi........




















...

Monday, May 18, 2009

...sharing is caring...

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

Saturday, May 16, 2009

pray 4 me~

hemo2
hafiz menang~ yehaaaaa...congratz ya hafiz
even dia tatau aku wish..tapa la hafiz..hafiz soft spoken n mmg talented!! n extra mark:got afro...

Photobucket

I believe I can fly

I believe I can touch the sky

I think about it every night and day

Spread my wings and fly away

I believe I can soar

I see me running through that open door

I believe I can fly

I believe I can fly

I believe I can fly

lirik nih ntok myself jugak~ amalia pasti bole doing well International Baccalaurate(IB) kat K.M Banting... InsyaAllah...kawan2 doakan sy ya!!

Tuesday, May 12, 2009

pantun sakit hati

hanya dcopy n dpastekan..
sumber?? x dpt disahkan..haha

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah ar?
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit ma
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water da...

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

anak sapa la erk yang rosakkan pantun-pantun ni??
mmg buat amalia sakit hati..
tapi geli hati pon ada.....
huhu!!!

Sunday, May 10, 2009

tenkiu encik tester!! tenkiu mum..~

hehe~Yabedabedut...agk ske la ngn encik tester jpj tu...baik!!!chewah..kalo baik tu,puji melambung2..mana xnya..mmg baik pon..sampe tak rasa la tgh test~hehe...ni dh test kali ke-2 aku.takkan nak rugikan RM 65 lg?? waduh2..bikin gawat...y hari tu..pakcik tester tu pkai spek bersilau,x da eye contact langsung!!! mmg nervous giler !! yg plg geram..kna re-test 2 bgn pulak tu...bhg2 hari tu kt parking 3 penjuru,bhg 3 belok kiri ,aku termasuk lorong kanan!!
dia tulis kt test card tu "memandu berbahaya"...mmg aku cari nahas! tu dah jadi kesalahan mandatori !

"nak buat camner pakcik,sy nervous"

tapi hari ni..aku berazam,taknak abeskan duet my parents..mesti buat elok2 amalia!! chaiyookk..
dan..alhamdulillah
dpt jugak "P"..


cayalah encik tester~ anda mmg ramah-tamah...x sempat sy nak buat salah byk2 !! haha...



yey~ nnti bole la drive keta charade aura daddy..haha!!better dr biarkan keta tu diparkingkan je..hehe

tp ayah..when u wanna buy auto car 4 us??btw..i already got warning
"P" owner can use manual only !! adoii.........
ahakz!! x lupa..tenkiu so muc ntok cikgu Zul(cikgu keta la) yg byk bersabar..haha
n cikgu ku halim(lthn tambahan 1 jam tp ckgu kasi 1.30 jam) wahaha..syok2 ..mmg mesra pelajar =) t.h.e.y

x lupa jugak!!happy mother's day to noor aduni bt haji harun a.k.a my blove mum
km syg mak.......

Saturday, May 9, 2009

apa yg kita cari ya??

jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman..
jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.
Jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.
jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi .
Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata:`Musibah paling tragis yg menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan ugama sebagai permainan dan senda gurau, dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai ugama. Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat Al-Quran, tetapi tidak menghiasi kehidupan kita dengan Al-Quran...

faiz~thanks ya!!! t8 care...




Wednesday, May 6, 2009

keajaiban air...

Berikut disenaraikan urutan air yang baik untuk didoakan ketika merawat pesakit iaitu:

i. Air Zamzam
ii.Air Kolah Masjid
iii.Air hujan malam Jumaat
iv. Air mineral

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan ada macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan,ada yang tak nak buka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.

Perhatikan!

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya:









Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya:








Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Subhanallah..

Monday, May 4, 2009

Photobucket

isn't it??

We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find....

Saturday, May 2, 2009

jenjalan...~

letih meyh smlm..aku smpe umah pkoi 8 mlm..
nasib baik sempat solat maghrib..lega ~
Camner la bas kodiang ble x da?? nsib baik ada jgk bas changloon pkoi 7.15 n my beloved daddy ada,fetched me kt jitra..klu x..tatooootttttttt...cuma tggal last bas 8.30 !!!

ish2 tp best la jgk smlm.."gathering besar-besaran" la kononnya..ahakz!! kua3..gossipin besar-besaran ada la...haha~ not me ok..aku cuma add-up gosip ja..hikhik =P
mmg bising ar kt food court tu,dah la weekend,stdn skolah pon kluar~penanam anggor smentara cam kami pon tumpang sibuk..alahai,time aku bangun nak g order mocha ice(sodappnya..) ntok aku n tenshah a.k.a cek adeq n kiwi ntok Nura,bru aku sdar grup aku tu top 1st ranking mmbising kt food court tu!! alahai..malunya..!!!! aku pon mmberikan isyarat.syyhhhhhhhhhhh
sumer sengih..pastu, jeng2... lg kuat ada la!! kureng btoii..time tu aku lari dr T-rex coz dia kt dr jauh nmpak aku pakai tudung tengkorak mcm"poisonous" !!! cis...aku pon smbung citer kt diorang psai "peknga"..sj nak mencuakkan sesapa y x intbew lg..huhu =)nampaknya cubaan aku langsung x mencuakkn tp + volume gelak diorang tu!! adooiiii........

x abes kt situ ja..jenjalan sat n trun solat kt pusat dakwah tu..uihh..ramai bkn main ye!!bagus2020...

~km makin chubby~
igt citer time form 4 jdik mentor orientasi f1 hostel..best gler !! aku ngan tenshah mentor ntok 1 grup nih..abes sumer junior grup tu caya km twin..at last km ckp la km x twin..depa x caya plek!! huhu...

km trus jln g pc plek..igt nak main boling,tp dh x sempat coz ramai y nak window shoping,almaklumla.. ada sale pulak...best2020
aku cuci mata ja..hehe~lg best kan??
tiba2 nadia plek call nak join..aku pon pg la mensearching dia kat eskalator ,y len sumer bz pilih baju!! cari n trus mencari..x jumpak!! sekali aku patah balik kat tmpat sale tu..nadia ada!!
adoii..asal sale nadia ada,asal nadia ada mesti ada sale !! tiba2 perutku bernanyi lagu nasyid!!~andaiku pergi~mirwana..hehe
apalagi..nadia belanja hari ni!!! bagus2020...2nd round mkn !! td aku minum ja..pg pon x sempat brekfes pon..

abes mkn,sempat lg diorang nih...naik keta coin bebudak!!

Wednesday, April 29, 2009

PekNga???

"hah??apa tu??"
tu lah respon aku time interview pg tadi..alahai..aku pnah dengar la..
tp x tau la apa dia..y aku tau,sejenis makanan~huhu
sorang intvwer tu pakai baju merah n sorg lg biru..baju batik la,hari ni Khamis.Aku pon pakai baju batik~ nak sokong industri..hehe

red : ish2..x kan x pnah dgr??
blue : hahahakkkakaka~( tgh tekan perut)
red : eh~ mcm mna ni?kek tau buat..(nada nk kenakan aku)
maleya: alamak!! lempeng ka tuan??

Cuak la aku..x kan x cuak??ada ka intbvew org tnya nk masak??bkn nak msuk kelas masak@ intview calon menantu!!!..ini intvew TESL la encik...aku pon start pikir,aku slap panel ka??ahakz..aku pon mula la merapu~ citer camner nak bwt PekNga..sambil tersengih-sengih..alamak!! aku dh ckp td..tanya la resipi lain y aku tau..dia x nak!! dia nak PekNga jugak..alahai..tp aku terlupa nak masukkan kelapa parut dlm list ingredients tu..!!

blue:klu camtu,org x pggil peKnga..jd "PEKNGOOOOWWWWWWW"(trus gelak menggila)

aku pon turut sm gelak la......hahaha

PINK KALER

blue:what is your favourite colour?
maleya: PINK !! dgn nada gumbira..
red: why?
maleya: nice n gurlish...(panel tu gelak lg,x henti2)
blue:why u dont wear pink today?
maleya:I only got batik blue in colour.No pink ..
red:U said,pink nice rite?How about RED,I'm wearing RED batik..
maleya: I think anger ...( perlahan ja suara aku)
blue:hahahahaha..........

SEPOHON KAYU

blue: cpt nyanyi..english song y ada moral values...no love song ok..
red: (menongkat dagu,cari idea lg la nak kenakan aku)
maleya : x bapa nak igt lirik la ..
blue: twinkle-twinkle little star pon boleh la..(dia mula nyanyi sket2)
red: nasyid song plz..
maleya: adoiiii (dlm hati ja)

silap la aku..pg ckp aku nak jd cikgu y kreatif,sing english song..adooiii

blue: susah sgt nak nyanyi ,translate lagu SEPOHON KAYU..boleh ka x??
red:sambil bernasyid !! ( nada bersungguh) x kisah la translate mcm mn pon...
maleya: aku pon....
A tree with a lot of leaves
Many flowers n fruits
eventhough live 1000 of years
if not perform prayer...useless
bla bla bla...

adoi..mcm2..dan aku x sedar y aku dah amek masa 1 jam...interview ni dijlnkan dlm dwibahasa.
Mula2 B.melayu,panel ckp x mau soal English..coz dia tau stdn prepared,dia nak tanya yg x prepare ja..!! boleh ka camtu??hehe..pastu diorang tukar plan...when they ask in english,answer in english.
Bila aku melangkah keluar dari bilik tu..aku diterpa oleh 2 org lg candidate(fatin n isma')

fatin:weyh..ank bwt apa 1 jam kt dlm tu?? (muka cuak coz dia x bwt lg)

isma':tau x amalia amek masa 1 jam?
maleya: Hah??? patot x rasa macam interview !!

hahaha~km sumer gelak..almaklumla..3 org ja candidate ntok panel tu! 3 lg x dtg pon..
so,x da org tengok...
hahaha..mcm mana pon interview ni best..n kekal dlm ingatan aku..
n aku sure aku x dpt jd "teacher Amalia" .Aku memang x layak nak jadi pendidik.Asyik gelak ja sepanjang sesi tu.Takkan nanti masuk kelas nak gelak jugak??Teruskan mimpi aku nak jadi "Dr.Amalia"...insyaAllah..tolong doakan saya ya!!!!


so~ aku dah tau la result ntok interview hari ni !!

Monday, April 27, 2009

~handmade stuff~

ish2...this is all handmade stuff tau..haha even they all x perfect mcm yg jual kat kedai,but da main point is I already did a nice job n great effort !!rite??

vase ~ jus kurma container..(dad's propt la) ribbon?? nadia's handmade

yeah..it's name is "sweet bushbush flower"

..things needed..
..curtain ring.. (teen helped me) ...toingtoing at da knob..

objektif pon dah tercapai~ do something to put in my room!! x la cantik sgt..btw SWEET n NiCE I like!! sweet bushbush n toingtoing tu dah siap 3 days b4 nadia n teen came n stayed 3 days at my house,add-up somemore ja la...last day baru Sumie plek dtg..sempat brekfast ja la....ahakz~we got gossipin time la..mis three of ue n all my old friens,asmarian n kupadushdush...sob20202 =(

Sunday, April 26, 2009

..a message from KAHERAH...


~..This text help me so muc today n 4ever after..~

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia

sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,

belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

berhentilah memberikan alasan walau ingin mengatakan kebenaran,

hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan …

Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.

Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)



tenkiu so muc to da sender..really apperc8 dis
=p
p/s : to miss senyummelerit @ cikgu momo..actly smbody sent me dis
btw i forward to u, sis~ i know u really need it rite??

Saturday, April 25, 2009