Wednesday, February 22, 2012

belajar jadi kuat


Bismillahirrahmanirrahim…

Ummi: Aisyah, kamu kenapa nak... Kok nangis gitu?

Aisyah: Aisyah sebal. Delisa dapat hadiah kalung..

Ummi: Lor, Aisyah kan dulu juga udah dapat kalung?

Aisyah: Tapi kalung Delisa lebih bagus, ada huruf D nya. Punya Aisyah, tidak…

Ummi: Jadi, dulu Aisyah hafalin bacaan solatnya hanya untuk kalungnya?

Aisyah: Bukan, kata Ustaz Rahman, biar dapat hadiah. syurga

Ummi: Nak… jangan gampang iri ya, lagiankan kalungnya Aisyah sama kalungnya Delisa sama saja kok… Tapi Aisyah jangan gampang cemburu…, sama barang- barang yang bukan punya milik kita. Apa lagi kalau barang itu udah hak punya saudara kita sendiri. Ya?

Aisyah: Maaf ummi…

Ummi: Ngak pa pa sayang… Cium dulu dong umminya…


Semalam, awal- awal lagi saya dah menangis bila tengok cerita ni. Hafalan Shalat Delisa. Menangis tak henti- henti pulak tu. Entah, air mata laju ja mengalir keluar. Siap sedu lagi. Selalunya saya kurang gemar tengok movie atau cerita panjang- panjang melalui laptop, sebab saya yang akan tidur dulu sebelum movie habis. Hehe. Kalau saya betul- betul tengok, berminggu- minggu baru dapat hilangkan perasaan yang wujud- sedih, gembira atau duka. Dulu saya memang suka movie, tapi sekarang saya belajar mendidik diri. Hanya movie yang punya nilai- nilai mahmudah.

p/s: Sekarang perasaan bertambah homesick. Takpelah, biar Allah yang pudarkan rasa itu sedikit demi sedikit… Allah, tolong ya? Saya nak belajar jadi kuat ni…

Monday, February 20, 2012

biarlah tiada pantai dan deruan ombak laut


Assalamualaikum

Hmm… tak tahu nak mula macam mana

sebab dah lama tak update blog rasanya,

jadi rasa sukar sedikit untuk menyusun kata- kata

Saya sebenarnya teringin nak berkongsi rasa dengan kalian

cerita kami- sisters belgaum berjaulah ke Goa pada minggu lepas

pernah dengar tak Goa?

Okay, cuba ingat betul- betul. pernah kan?

Kita pernah belajar sejarah- Vasco Da Gama menjumpai Goa

Lalu beberapa tahun kemudian, Alfonso pula menjumpai Melaka

Lalu Melaka diserang portugis.

Serangan itulah yang menjatuhkan islam di Melaka

Sedih mengenangkan Melaka yang dahulunya gah, menjadi tumpuan pedagang- pedagang

Hebat seluruh pelusuk dunia kerana islam di Melaka pada waktu itu kuat

Perdagangan menjadi sangat adil, dan islam turut berkembang dengan pesat dengan kedatangan

pendakwah islam dari tanah arab dan sebagainya.

Melaka menjadi hebat kerana nilai islam diimplementasi dalam kehidupan

Hebat bukan islam?

Tapi akhirnya pintu pertahanan Melaka lolos kerana askar pada waktu itu sibuk dengan hiburan dan emas yang sangat banyak - dikatakan Melaka menjadi tempat longgokan emas dunia

Sehingga lupa dengan tanggungjawab menjaga tanah islam iaitu tanah Melaka

Info ini saya peroleh sewaktu kursus btn melalui fasilitator kumpulan saya,

biar ramai mengecam hebat kursus itu, bagi saya tidak

apa kata kita cari yang baik

lalu kita simpan kemas dalam hati

…..

Okay, berbalik semula kepada cerita Goa

sepetang di Goa pada hari pertama membuatkan saya teringatkan kawasan peranginan tepi pantai di Malaysia

Tak jauh banyak bezanya, mungkin di Goa ombak lebih kuat kerana angin yang kuat dari Arabian sea.

Usai membaca mathurat jemaah di tepi pantai, semua tak sabar nak melihat sunset yang cantik.

Dan memang di mana- mana, sunset memang cantik kerana Allah memang menjadikannya cantik

Subhanallah

Pada waktu yang sama juga, kelihatan kedai- kedai sekitar pantai mula memasang lampu beraneka warna, mula menyususun kerusi dan meja, juga turut mula memasang lagu- lagu yang membingitkan telinga dan menyesakkan hati

Saya berjalan pulang ke guest house dengan perasaan yang bercampur aduk

Entah, saya rasa sedih melihatkan realiti

Realiti kehidupan orang lain di luar

Bukan saya mengatakan bahawa kehidupan saya penuh dengan kebaikan. Tidak!

Tapi saya sedih kerana saya jarang memikirkan realiti umat

Saya terus dilamun perasaan saya sendiri sepanjang perjalanan pulang ke guest house

Setelah beberapa minit berjalan, ima bersuara,

“Sedih melihat hidup yang hanya dipenuhi dengan hiburan malampau. Diorang tak penat ke? Kita yang tengok ni pon rasa penat. Rasa kosong…“

……

Lagi sedih mengenangkan suatu masa dahulu, islam juga turut bertapak dengan kuat di bumi india begitu juga di Goa kerana menjadi tempat persinggahan pedagang islam arab yang tekun menyebarkan islam

Tapi sekarang, tersangatlah susah nak mencari makanan halal

Walaupun hakikatnya ramai orang islam di situ

Kami mula merindukan Belgaum

Biarlah tiada pantai dan deruan ombak laut

Tapi hembusan bayu islam masih dirasai…

Sunday, February 12, 2012


Assalamualaikum semua

InsyaAllah, besok akan mula menduduki continuous exam 2

selama 3 hari

tolong doakan ye kawan- kawan

jazakillah, sayang semua!


Walaupun ini hanya exam dunia,

tp inilah tanggungjawab kita,

alat kita

Islam itu sentiasa tertinggi dlm setiap perkara,

haruslah kita usaha sebaik mungkin.


Saturday, February 11, 2012

cerita langit


Tuhan, kalau saya menangis boleh kan?

kerana saya tahu

Engkau Maha Mendengar

walau tidak menangis Engkau tetap tahu

atas dasar hamba

enaknya saya menangis

merayu

harap rahmat dariMu




Oh hati, buang lelahmu,

Lambai pada langit yang biru,

Pasti hilang kelabu…

Sunday, February 5, 2012

Pulang mencari DIA


Wahai hati,harus ingat

Senantiasa guna neraca Allah sebagai ukuran amal dan iman

Bukannya ukuran manusia

Saya tahu, kita manusia memang tidak akan lari dari menilai manusia dengan fizikal dan luaran insan

Tapi, bukan itu yang Allah pandang, apa lagi dikira sebagai amalan

Kerana siapa dalam hati kita yang menjadi ukuran

Tanya hati

“siapa dalam hati ?”

Nampak simple

Nampak mudah

Tapi disitulah letaknya penilaian Allah buat diri kita.

Amalan kita pasti berbeda, usaha juga turut berbeza

92:4

Saya nak ajak hati saya, juga hati kalian

Pulang mencari Allah pada tiap amalan

Hati, lari laju- laju
cari DIA okay?

Wednesday, February 1, 2012

hapus rasa itu dengan syukur


Bismillahirrahminarrahim

Dalam hidup sedari kecil

Baru saya sedar, saya ini cemburu rupanya

Selalu cemburu senyap- senyap pada kelebihan insan lain

“cantiknya dia tu…”

“pandainya dia…”

“mesti best kan kalau jadi macam org tu…”

“apa yang dia nak, semua dia dapat..”

“dah la cantik, kaya, semua org suka, pandai pulak tu…”

Melihat diri selalu kurang

Jadi, selalu rasa kecil

Rasa itu tidak salah

Tapi jika ia lama hidup dalam hati

Bukankah akan memadamkan rasa syukur?

Bukankah akan menyemai benih- benih virus hati?

Kadang- kadang kita melihat org lain lebih dari kita dalam banyak hal

Tapi kita tak tahu

Mungkin dia juga nak jadi macam kita

Kita yang tak punya kecantikan itu

Tak punya kekayaan yg melampau

Tak punya ilmu yang melimpah ruah

Cukuplah kita punya Allah

(3:173)

Hati, hapuskan rasa itu

Hapus rasa itu dengan syukur


Yang ada inilah harapan kita…”- Hamka