Saturday, August 18, 2012

“Taqabbalallahu minna wa mingkum”


Langit  tidak henti- henti menangis dari subuh semalam
Mendung dan terus mendung.
Kata emak, barangkali langit juga menangisi pemergian ramadan
Padahal beberapa minggu sebelum,
panas terik seperti tidak mungkin ada hujan sama sekali.

Hati tidak mampu lagi menanggung sebak
Mulut juga tidak mampu  mengikut bait- bait kata lagu hari raya; seperti dahulu.
 Yang ada hanya air mata, mengalir laju mengikut melodi lagu.
Entah, sedih yang bertambah- bertambah.
Meninggalkan Ramadan pergi.
Meninggalkan hadiah dari DIA.

Lagi – lagi sebak bila mendengarkan ini;
Nabi S.A.W bila mana berjumpa sesama orang islam di hari raya, baginda akan mengucapkan kalimah
“Taqabbalallahu minna wa mingkum”
(semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu)

Hati, tolong kuat!
Kerana bergembira di hari raya adalah sunnah  Nabi S.A.W , bersedih- sedihan di hari raya bukanlah daripada ajaran islam.

Tuesday, August 14, 2012

pang! tampar pipi


Ini memang menitiskan air mata bergelen- gelen;

Malik bin Anas menitiskan air mata ketika berbuka puasa, ditanya oleh muridnya.
Aduh, dengarkan jawapan Malik bin Anas.

“ Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah S.A.W. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedang aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit”.

Pang! Tampar pipi, jentik jiwa.



Monday, August 13, 2012

satu dua satu


satu: “dia tidak pernah tahu awak tidak suka begitu?”

dua: “hmm.. enggak. aku pingin berubah, bukannya mengubah.”

satu:“ Iya- iyalah, patutnya sama- sama berubah; punya sifat yang cantik. Bukan itu yang awak belajar dari tarbiyah?”

Saturday, August 11, 2012

120812


sudah 11 hari di rumah. Alhamdulillah
Tipu sangat kalau tak rindu biah di sana.
……..

Bila  berbuka  semalam;
 abang bercerita  kisah adik- adik  rumah anak yatim
Dia sebak, habis semua yang lain turut sebak.
Tak sanggup nak menguyah makanan,
Apalagi nak menambah nasi dalam pinggan.
Banyak cerita yang saya sendiri tidak sanggup dengar; 
tubir mata sudah panas barangkali.
Terus habiskan suapan yang terakhir
Lambat- lambat  baca doa habis makan, masuk bilik.

Wednesday, August 1, 2012

hadiah bulan suci


 Mereka yang  kuat;
biar ada yang pergi dulu
berjumpa Illahi.

Hebatnya ke-kuatan yang Allah pinjamkan buat mereka.

Benarlah Ramadan ini hadiah
buat hati- hati bersedia mahu diisi

tenang
selagi mana Dia dalam hati    

Allah, tolong.
tolong tingkatkan  enjin jua momentum bulan suci,
bulan barokah.