Wednesday, September 29, 2010

‎(57:22-23) + (2:216)


Salam sayang

Kisah saya
Malam semalam dlm lrt; perjalanan dari Sogo ke Bukit Jalil amat menarik, seorang sahabat saya menjerit kesyukuran dan kegembiraan lantaran menerima panggilan telefon dari seseorang yg juga kenalan saya di kolej.Habis kecoh satu lrt itu ;) Alhamdulillah,beliau b'jaya mendapat tawaran ke Cork @ Galway,Ireland.

Tika itu hati saya berdegup,agak kencang !
Memikirkan bagaimanakah pula keputusan interview saya?
Saya terus memegang telefon,mungkin classmate saya juga akan menelefon saya,memberitahu khabar yang sedemikian rupa.
Tiada.Hampa
:(

Saya memeluk bahu beliau erat,tanda berkongsi kegembiraan dengan beliau.
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan beliau.
:)

Usai solat Isyak di surau Bukit Jalil, junior saya menawarkan laptop dan broadband kerana semua barang saya masih di kedai simpanan barang berbayar .
Tika itu juga telefon saya berbunyi,sahabat saya yg itu juga sukses.
Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan beliau.

Saya cuba tersenyum.
pada masa itu juga,kegusaran saya berada pada tahap maksimum!
Jari-jemari saya bergetar!
Namun,saya tetap kuatkan hati.
Tika itu,kelajuan internet berada pada tahap 10m/h sahaja.
Namun kelajuan jantung saya mengepam darah umpama 210km/h !

Takdir Allah
saya TIDAK tersenarai dalam golongan nama-nama yang terpilih mengikuti program tersebut.
Beberapa kali, berulang-ulang melihat senarai nama tersebut,
akhirnya saya pasrah.

MEMANG NAMA SAYA TIADA

Tiada kata yang mampu diungkapkan pada masa tersebut.
Saya terkesima dan terdiam
menarik nafas dalam- dalam.
Dalam beberapa saat,
terasa ada tangan kecil yang mengusap bahu saya dan menepuk-nepuk belakang saya dengan lembut
sambil berbicara lembut
Tika itu baru saya rasa ada sebak di dada
Hati saya bergetar
Bukan rasa sebak kerana saya kecewa tidak terpilih
tetapi
kecewa kerana saya tidak berlapang dada menerima takdir ini...
Saya tertunduk buat seketika...

...............
Kenapa perasaan itu muncul juga biarpun sekelumit?
Siapalah saya ini untuk mempersoalkan takdir Allah ?
Layakkah saya?
mempersoal apa yang telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz ?

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"
(57: 22-23)

Luarannya saya nampak tabah kerana tidak mengalirkan air mata,namun hati saya
siapa tahu?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui

Saya hantar mesej buat kenalan-kenalan yang selalu dekat pabila saya terasa down

Agar semangat saya kembali pulih

terima kasih kalian,kalian selalu dekat dihati saya

tanda kasih Allah; Allah kurniakan saya sahabat sebaik kalian !

Subhanallah ...

Perjalanan 5 jam dari Bukit Jalil merupakan satu perjalanan yang amat panjang buat saya.Mata saya tidak langsung terlelap walaupun badan saya amat lemah.
Mungkin kerana fikiran saya kosong pada waktu itu...

Dalam perjalanan dari stesen bas ke rumah,saya sampaikan khabar tersebut kepada ayah.Saya susun ayat-ayat agar saya nampak tabah.Berita tersebut juga saya khabarkan kepada emak ketika bersahur . Ayah dan emak saya nampak biasa, memberikan kata-kata semangat buat saya.Mungkin kerana mempunyai pengalaman yang sama dengan abg saya dahulu.

Tetapi saya tahu,mereka dapat membaca isi hati...
Mereka cuba menceriakan hati saya


Selamat tinggal University College Cork dan National University of Ireland,Galway.
InsyaAllah jalan masih terbuka untuk saya ke RCSI mahupun ke University College Dublin.Boleh jadi ke Czech,Poland,Australia ataupun di Malaysia.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(2;216)


Bersabarlah wahai hati

"HE WILL NEVER LEAVE YOU ALONE"

p/s: sahabat2 yang sy tak msg ,sy tahu kalian sangat2 busy. saya bimbang kegelisahan hati yang saya alami menambahkan kegelisahan hati kalian. Namun,kalian tetap BUNGA di hati saya ;)

Tuesday, September 21, 2010

baruberpisahsudahrindu?



Salam sayang saya dari luar negeri.Harap maklum,luar negeri sahaja bukan luar negara.
:)

Saya hairan dengan penyakit rindu yang saya hadapi.Sukar diubati.

Penyakit ini sangat kronik kerana saya sanggup melakukan apa sahaja.

Penyakit rindu apakah ini?

Jangan tersalah anggap, ini adalah rindu kepada rumah saya.Saya rindu pada orang-orang yang ada di dalamnya.Subhanallah,besarnya rasa rindu yang sebenarnya sedikit sahaja engkau campakkan dalam hati ini...

Rindu juga pada bilik ini




Padahal baru tiga hari di kolej.Biarlah,biarlah saya merindu.Kerana rindu itu indah...





Sunday, September 12, 2010


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Saturday, September 11, 2010

ramadanyangdirindu


Salam kasih dari saya di bulan Syawal.Pejam celik-pejam celik sudah 3 hari Ramadan meninggalkan kita...Ya Allah,cepatnya masa berlalu.Pantas,namun saya masih terbuai-buai dengan keseronokan dunia yang sementara,lupa bahawa tali pita umur semakin pendek.Semakin dekat dengan tarikh kematian.Mungkin beberapa saat dari sekarang,mungkin juga beberapa minit,jam,hari minggu,bulan dan tahun...

Siapa tahu
Mungkin Ramadan yang berlalu ini merupakan Ramadan yang terakhir buat saya...

Siapa tahu
Bimbang saya tidak memanfaatkan Ramadan ini dengan sepenuhnya.Sungguh,saya tahu saya tidak memanfaatkan bulan yang penuh berkat itu dengan bekal-bekal yang mampu berhujah tika saya bertemu dengan-Nya kelak,tika hanya amalan mampu bersuara...

Sungguh,saya rindukan Ramadan bulan berkat.Moga-moga tali pita hidup saya masih panjang,masih sempat bertemu lagi Ramadan akan datang,InsyaAllah

Adus,sekarang tika bangun pagi,terlintas di fikiran nak pakai baju raya apa hari ni hah? colour apa?Saya terlupa pada ibu-ibu di Palestine,bangun pagi terfikirkan makanan untuk anak-anak Palestine yang berjuang mempertahankan bumi Islam.Hampir saban hari,makanan tak pernah mencukupi.Tapi saya,memikirkan baju raya yang memenuhi ruang almari kamar tidur !

Mungkin ini petanda Ramadan yang berlalu hanya berlalu seperti hari-hari biasa buat saya?Sibuk memikirkan eksperiment EE yang tidak menjadi , TOK essay yang tidak menarik , tests yang keputusannya seperti tidak belajar ? Saya biarpan Ramadan saya hambar tanpa bunga-bunga ibadat...

"Ya Allah,bimbangnya aku menjadi segelintir daripada hamba-hambaMu yang tidak diampuni dan dijauhkan dari api neraka seusainya Ramadan"

Sunday, September 5, 2010

mencaribahagia


Alhamdulillah,perjalanan dari Stadium Bukit Jalil ke Bandardarulaman berjalan dengan lancar.Hati saya bimbang kerana sepanjang perjalanan yang mengambil masa 6 jam ditempuhi dalam keadaan hujan yang agak lebat.Bimbang perkara yang tidak elok berlaku pada musim perayaan macam ni ...nauzubillah

Kalau ikutkan hati,mau saja saya naik flight macam selalu ,kan senang.Tapi kasihan ayah,saya ni asyik habiskan duit,membazir...

Saya pujuk hati,"kita naik bas,insyaAllah..."

Jadi keputusannya,saya naik bas bersama sahabat-sahabat.Biarlah berpenat sedikit.Rasulullah dan para sahabat siap boleh berperang pada bulan yang mulia ni.

SUBHANALLAH,tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka

:)