Sunday, December 18, 2011

Pandang langit,dan senyumlah!


Assalamualaikum wbt

MasyaAllah, sekarang saya makin rasa terbeban dengan kekangan masa

Memang tak cukup…

Rasa 24 jam sehari tu tak cukup, sikit sangat…

tapi kalau Allah bagi 48 jam sehari pon saya rasa masih tak cukup.

Manusia ni memang tak pandai bersyukur kan?


Jadi apa solusinya?

Mintak pada Allah

Ya, kita yang kena mintak dari Allah

minta keberkatan masa

sebab Allah yang mengurniakan masa tersebut pada kita

dan Allah jugalah yang memberikan ‘kerja-kerja’ pada kita untuk diisi dalam masa tersebut…

…..


kerana saya sensitive

jadi saya akan jadi cepat ‘lost’ dan tak bersemangat kalau saya tak susun jadual harian/ mingguan/ bulanan dgn betul.

Kadang- kadang saya rasa tensi kerana saya org ‘hijau’

saya kena ‘plan’ masa saya dulu, sebelum saya buat sesuatu


saya akan sangat- sangat terganggu kalau apa yang saya rancang jadi tak seperti apa yang dirancangkan!

Itulah kelemahan saya yang saya rasa susah sangat

Saya agak jealous dengan org ‘merah’

Iaitu org yang senang saja buat kerja,


Menggunakan masa tanpa perlu merancang dengan terlalu teliti!

Best kan???

Bukannya bermaksud dia tak merancang? Org ‘merah’ merancang jugak


Tapi tidak terlalu ‘rigid’ dan tidak terlalu teliti.

Eh, faham tak? Mintak maaf, ayat saya sekarang ni tunggang langgang…

Tak tau kenapa skrg ayat saya tunggang langgang, mungkin kerana sekarang di India

Hehehehe


Kadang- kadang rasa nak menjerit kuat- kuat!!!*tapi belum buat lagi ye

Sebab rasa geram dengan diri sendiri

Tapi kadang- kadang saya terfikir balik

Kenapa saya perlu geram dengan diri sendiri

Kena sayang diri sendiri


Kalau tak sapa nak sayang. Kan?


Moga Allah sayangkan saya

Pandang langit, dan senyumlah…

Pemandangan dari balkoni bilik saya. Subhanallah, memang menenangkan. Terima kasih Allah...

:)


p/s: saya rasa saya ada masalah hati sekarang. Senang sangat terkecil hati dengan org lain. Entahla, selalu sangat rasa nak marah. Tapi saya telan jugak rasa nak marah tu sebab saya tak sanggup nak sakitkan hati orang. Saya makin sensitive dengan duit, dengan masa, dengan barang- barang. Sebab tu rasa makin jahat . Ya Allah, rasa berdosa sangat- sangat…Macam mana nak buat ni???

Friday, November 18, 2011

Rasa nak MARAH diri sendiri !



Assalamualaikum

….


Saya memang rasa nak MARAH pada diri sendiri!

MARAH

MARAH

MARAH

GERAM


dan

KECEWA!

Bila saya buka laptop

Astagfirullahhalazim….

Mata terus tertancap pada sticky note desktop:

“Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru)

kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, 2992)

Sekarang rasa nak menangis

Wahai hati, teruslah bertahan…


Monday, October 31, 2011

saya manusia biasa



Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua

Hari ni saya ada kisah sedih...



Pernah dengar tak org ckp

“Dah tak ada rezeki...”

Ha, itulah t’jadi pada saya hari ni

sgt sedih sbb

bukan main lama saya teringin nak letak fresh flowers dlm bilik sejak dtg India


Habis kurang pon letak kat atas study carol ke

Boleh jugak tgk2 kalau penat study


J

Lagipun bila jln kaluar nak g reliance mart

Mesti nampak kedai fresh flowers kat depan dental school tu

Saya dah pergi survey, ada bunga rose, siap ada bunga daisy lg

Bestnya kalau letak dlm bilik

“Emak saya suka bunga daisy”

Skrg saya pon dah suka daisy sbb saya ni mmg senang terinfluenced dgn mak

Bila tgok daisy, sure saya t’ringatkan mak J* rindunya

Kalau kat rumah, selalu jgk mak beli fresh flowers pastu letak dlm clear vase

Nak best sikit letak colourful pearl ganti air

*teringat pulak rumah.huhu

Bila haritu time jln2 kat maruti galli nampak org jual colourful pearl

terus sy beli!

harini pulak saya jln2 nampak la satu kedai

kedai jual barang- barang kaca

masuk dan terus mata saya t’tancap pada vase yg saya nak tu!

Alhamdulilah!

Akhirnya, jumpak...tp mahal sikit

Saya beli jugak walaupun harga dia tak setanding,kecik dan mahal

Lepas beli vase tu

Hati saya berbunga- bunga riang, tak sabar rasanya nak balik bilik

Bila sampai kat bilik, saya terus letak semua carry beg atas katil

Tak semena-mena saya tertarik salah satu carry beg brg2 yg beli tadi


Terus vase yg berbalut surat khabar tu berguling jatuh ke lantai

mengeluarkan bunyi yg amat menyedihkan!

Saya terus amek dan pegang


Bila saya pegang surat khabar yg balut tu pon dah tau mmg vase tu pecah

Rasa tak sanggup nak bukak dan hadapi kenyataan

MasyaAllah...

Allah ja tahu perasaan saya waktu tu

Saya terkedu

Rasa mcm nak putar balik masa!

Rasa mcm nak tarik balik vase tu sebelum dia jatuh

Tanak tengok!


Tak pon tanak beli terus !

Rasa mcm hancur semua harapan!!!

............

Tiba- tiba saya tersedar

Tadi waktu nak beli saya ada terfikir kejap


“takpe la mahal sikit, nak guna lama ni. 5 tahun pon boleh tahan rasanya ni...”

........

Baru saya sedar

Dalam hidup ni, kita selalu merancang pelbagai perkara

Tanpa menyedari yg nyawa kita sendiri boleh Allah ambil

sebelum kenyataan tersebut direalisasikan

terus lesap segala yang kita impikan

Dah tak ada nilai segala impian kita selama ini

jika impian itu hanya berlandaskan dunia

.....

Siapalah kita

Insan hanya merancang, Dia juga yg menentukan

Moga ada tarbiyah Allah menanti

Mungkin Allah nak sucikan rezeki saya...

p/s: saya terus hilang semangat, walaupon benda ni kecik ja. Rasa tanak fikir dah nak letak fresh flowers dlm bilik. Ish-ish, tak boleh jd ni. Mesti terus kuat! Kecik je benda ni, nanti kalau t’nampak vase yg murah baru beli tau J utamakan prioriti

Tuesday, October 25, 2011

Moga mata hati dapat terus menilai...


Assalamualaikum sahabat semua

J

Dua tiga hari ni selalu saya ada idea nak post sesuatu kat blog ni

Tp selalu tak da masa, pastu terlupa terus nak post J


Hehe

Sekarang ada masa, pastu tak de idea pulak,adus.

Tapi insyaAllah, saya ada sedikit rasa nak dikongsikan


Rasa yang sememangnya tarbiyah dari Allah

Entahlah, sejak di sini

Rasa dan pemikiran saya jadi lebih sensitif

*ni bukan kes menangis homesick tau...

Tapi lebih kepada mudah untuk melihat sesuatu yang terjadi dari kaca mata yg berbeza dari dulu

Maksudnya senang terkesan dengan sesuatu perkara

Mungkin kerana bila kita jauh dari tempat kita membesar

Kita menerima pelbagai perkara baru, melalui tafsiran kita sendiri

Jadi hati dan minda jadi lebih tajam

....

Subhanallah

moga Allah terus memberikan rasa ini...

....

Saya selalu memikirkan untuk memberi yg terbaik kepada semua org

Melayan semua orang dengan baik

Semampu yg boleh, kerana...

InsyaAllah, ini prinsip saya

“ jangan layan org dgn sesuatu yg kita tak suka kalau kita tak nak org layan kita mcm tu jugak...”

Saya sgt takut kalau org ckp kuat- kuat pada saya!

Jadinya, saya takkan jerit- jerit atau ckp kuat- kuat pada org kalau saya tak puas hati...

Saya sgt takut kalau kena marah!

Jadinya, saya akan jaga hati... tak nak marah org, bukannya best pun marah org kan?

Tapi

kita selalu lupa akan layanan kita kepada Allah...

masyaAllah

kita selalu nakkan keredhaan manusia

sedangkan kita lupa, keredhaan yg harus diutamakan adalah keredhaan Allah

Tapi, jangan lupa pada keredhaan ibu bapa yg mmg patut diutamakan

Teringat pulak bait- bait kata zikir ni...

“Allah tak redha kecuali..., redha kedua ibu- bapa...

Tiada kekal alam ini

Tanpa kasih sayang drpada Tuhan...”

Ni saya nak refleks diri sendiri...

Kadang- kadang kita buat sesuatu utk jaga hati kawan- kawan

Memang tujuannya betul, sebab nak layan semua org dengan baik

Nak wujudkan bond ukhwah islam

Tapi itulah, kdg2 kita terlalu mengejar perasaan manusia

Namun kita lupa ‘perasaan’ Allah

Lupa pada ‘hati’ Pencipta kita

.....

Kalau kita cipta robot utk buat kerja rumah

Pastu, robot tu asyik ikut ckp kawan- kawan dia je

pergi shopping la

Pastu pergi tgok wayang

Pastu petang- petang pergi jogging kat tasik

Semata- mata ikut ajakan kwn-kwn

Tak teringat pon yg tugas dia yg sebenar adalah untuk buat kerja rumah!

Geram tak? Sedih tak?

Kita yg cipta robot tu, sepatutnya dia jaga hati kita kan?

Bukannya jaga hati kwn- kwn dia...

Macam tu la Allah, Pencipta kita

Sepatutnya apa-apa pon yang kita buat

Bukannya mencari keredaan manusia semata- mata

Tapi mencari keredhaan Pencipta kita

InsyaAllah, jika keredhaan Allah dtg

Maka dtglah keredhaan manusia

Kerana Allah yang salurkan keredhaan-Nya melalui manusia di sekeliling kita

Allah tak pernah mengecewakan kita

Tapi kita?

Bagaimana?

Tepuk hati nurani, tanya iman...

;)



Friday, October 7, 2011

Bumi Maulana Al- Maudidi



Assalamualaikum semua- semua...

Alhamdulilllah, akhirnya sempat jugak saya post entry baru

Hehehe, lamanya tak pernah buka blog


J

Apa lagi nak post entry baru, lagi la tak pernah...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Akhirnya sekarang saya sudah menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini- bumi maulana Al- maudidi

Rupa- rupanya inilah tempat terbaik yang Allah letakkan dan janjikan buat saya

...


Sapa cakap India tak best?

Tak ada barangan branded- branded?

Tak ada tempat yang best, tak ada snow?

Kalau nak main snow bole pegi Kashmir...

Kalau nak rasai kecantikanTaj Mahal bole pegi Agra...

kalau nak barangan branded- branded dan best sikit bole pegi Bangalore, siap bole jumpak artis bollywood lg tau...

hihihi

India ni negara yang besar, populasi pon yg kedua t’tinggi dia dunia ...

Kalau dekat pekan tempat saya tinggal ni, alhamdulillah tak la busy sgt mcm Mumbai dgn Bangalore

Makanan halal pon senang dpt

Baju pon murah- murah. Hehe*asyik pegi beli baju ja..*

Saya beli keperluan saja sbnarnya, sbb nak berjimat

Lagipon awal- awal ni perlukan byk duit

Kewangan pon x stabil lagi...

Almaklumla baru nak mula hidup berdikari. Nak belajar hidup sendiri

Kalau dulu tinggal kat hostel pon berdikari jgk, cumanya sekarang lebih berdikari sikit. hehe

Cuaca dia pon sejuk, ala-ala cameron highland

Okay la tak sejuk dgt, sbb sy mmg tak tahan sejuk!

Kalau bangun pagi- pagi, ada kabus. Tebal jugak...

Sunrise kat sini sgt cantik...

Sunset lagi la, Subhanallah cantik sangat- sangat...

Subhanallah. Subhanallah. Subhanalllah

Allah telah meletakkan saya di tempat yg InsyaAllah menanti pelbagai hikmah dan tarbiyyah

“ Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah.....”


Kalau dulu asyik tertanya- tanya

“kat mana la agaknya Allah nak tempatkan aku...”

“ Bole ke aku fly ni, placement pon x dpt lg...”


Kalau dulu asyik pening fikir, penat sebab susah hati

Sekarang ni pon penat jugak. Penat ni takkan pernah berhenti sebab Allah dah berfirman:

“ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah paya

h...”( Al Balad, 90: 4)

Jalan ini masih jauh...

saya perlu kuat sebab Allah takkan pernah meninggalkan saya!

Cuma saya yang seringkali leka, lupa dan tak sedar telah meletakkan Allah di belakang..

Sepatutnya Allah menjadi tangan, kaki, pendengaran, penglihatan dan hati nurani kita

J

Moga Allah redha

cantik kan??

Monday, March 14, 2011

oh, jagalah hati



Salam sayang...

saya rasa pelik;
kadangkala saya rasa jealous yang amat sangat dengan orang yang Allah mudahkan jalan
Allah bagi kefahaman yang sgt cepat dalam agama
Allah bagi momentum yg sangat kuat agar dia "bergerak" dengan laju
tapi saya, lambat...
kadang- kadang rasa jealous pulak dengan orang yang Allah mudahkannya dalam pelajaran
cepat faham dalam ilmu- ilmu akademik
cepat je bila habis bila buat latihan
cepat je faham bila study
tp saya?
lambat faham, lambat pulak nak habiskan kerja...
sbb saya kena bg tumpuan 200%
baru bole habis kerja tu
sbb saya teliti sgt ke?
tapi rasanya tak jugak, banyak ja salah
tapi entahlah
Kadang -kadang jealous sgt- sgt dengan orang yang rezekinya luas...
kita nampak selalu je terbuka luas...

Oh hati, sedarlah...

"And do not covet that by which Allah has made some of you excel others; men shall have the benefit of what they earn and women shall have the benefit of what they earn; and ask Allah of His grace; surely Allah knows all things" (04:32)

Beringatlah wahai hati !
Ingatlah bagaimana zuhudnya Imam Hasan al- Bashri

"Aku tahu rezekiku tidak akan bisa diambil orang lain. Karena itu, hatikupun jadi tenteram. Aku tahu amalku tidak akan bisa dilakukan oleh selainku. Karena itu, aku pun sibuk beramal. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Karena itu, aku malu jika Dia melihatku di atas kemaksiatan. Aku pun tahu kematian menungguku. Karena itu, aku mempersiapkan bekal untuk berjumpa dengan-Nya..."
.
Yakinlah pada Allah wahai hati..

"Whatever Allah grants to men of (His) mercy, there is none to withhold it, and what He withholds there is none to send it forth after that, and He is the Mighty, the Wise" (35:02)



Monday, February 14, 2011


BuatMu ya Rabbi
cintaMu yg kudamba
redhaMu yg kudahagakan

Wednesday, February 2, 2011

jom berlari sama-sama


salam sayang
Alhamdulillah, sekarang saya di rumah
melepaskan rindu pada family
:)
pada sahabat- sahabat yg sedang "berjuang" utk islam
moga Allah permudahkan segalanya, insyaAllah

saya teringin nak ajak kawan- kawan berlari
jom
nak tak?
jom la...
jom sama- sama berlari mengejar cinta Allah

tak best la kalau lari sorang- sorang
:(
sebab nanti kalau saya "penat" kat tengah-tengah
sapa nak tolong papah saya ?
saya tak nak berhenti berlari...

Monday, January 17, 2011

bukan mudah bernafas dalam jiwa HAMBA

Ya Allah ya Mujib
Ya Malik al- Mulk
Aku berlindung di bawah lembayung kekuasaan-Mu
Tabahkanlah hatiku wahai Yang Maha Menentukan


Uraikanlah kekusutan pada hati hamba yang lemah ini Ya Allah...