Monday, April 30, 2012

"kembali





bila rasa itu pergi

tapi entah bagai mana ia datang semula

mengisi kelopak hati



“ Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( 13:28)

Friday, April 27, 2012

pencinta


Kadang- kadang kita tak sangka DIA telah memilih kita menjadi pencinta

Sekilas pandang ke belakang utk mengerling masa lalu

Kita pasti senyum...



pasti kamu juga sedang senyum bukan?

kita bukan ahli magis


Saya sedar
kita bukan ahli magis atau ahli sihir
yang tenang  memegang lembut tangan  manusia  menemukan cinta Illahi
sukar,
kerna kita juga insan
kita juga sedang berusaha menghirup cinta itu sedalam mungkin
namun kadang- kadang nafas kita pendek
sehingga penolakan yang lembut  kadang kala menjadi racun  pernafasan
menjadi virus  pembunuh  semangat
mereka,
mereka juga bukan ahli magis dan ahli sihir yang sentiasa  mahu menerima

kita hanya manusia
nampaknya kita lupa mereka  jua manusia



oh, tak mengapa
DIA sentiasa tahu apa yang terbaik utk kita dan mereka

Sunday, April 22, 2012

baik


                                                                                                                                                                               
Bila kita melakukan kesalahan, kita kata pada hati

“Ala, takpa lah.. Aku manusia. Tak kan lari dari kesalahan…”

Tapi bila orang lain yang melakukan kesalahan

Cepat benar kita menyalahkan dia

Menghukum sepertinya layak kita menjadi penghukum

Oh!

Kasar benar kita sama manusia lain

Yang asalnya juga dari tanah

Dia tanah, kita juga tanah

Kadang- kadang kita lupa pada perasaan orang lain

Bila kita memikirkan hanya kita yang betul

Melihat kesalahannya melebihi kebaikan

Oh hati

tolong belajar menjadi manusia

yang cepat  dan rajin memberi kebaikan  
            
walaupun kecil

mungkin besar di mata DIA

“… Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan)” ( 31: 16)
…..

 Malam semalam sewaktu hati gundah gulana , saya belek- belek tafsir
Allah hadiahkan ayat ini:

“ … berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu…” (28:77)

Eh, kenapa tak pernah perasan ayat ni sebelum ni?
 rasa mahu menangis!

Bila hati rasa penat melayan manusia yang pelbagai ragam



Allah tidak pernah lupa memberi ‘motivasi’ pada jiwa.

Monday, April 16, 2012

istigfar seperti bintang



Tiba- tiba teringat bait kata seseorang:


“ Indahnya jika istigfar kita sempurna, cantik seperti bintang yang berkedip “


Allah, saya sangat takut hilang nilai istigfar yang saya ucapkan hari- hari.

Kadang- kadang rasa, kadang- kadang tidak.

Kadang- kadang istigfar hanya di mulut bukan pada hati.

Takut hilang nilai kerana hilangnya rasa dalam diri.


“Salah satu fitnah berbahaya yang akan merebak di akhir zaman adalah banyaknya orang-orang yang mengaku beriman namun keimanannya tidak istiqamah” - Agar Hati Tak Mati Berkali-kali


Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan hati saya tenang; mengenangkan DIA yang Maha Pemurah

Kita manusia, memang tidak punya kuasa untuk terus memastikan iman kita pada tahap yang tinggi kerana iman itu ada turun naiknya.

Berkali- kali saya tonton video pendek Yusha Evans- The Man who Killed 99 people. Dan tiap kali itulah saya rasa tenang mengenangkan rahmat DIA.

Benar, kita memang tak mampu menahan diri dari sebarang dosa. Allah boleh sahaja menciptakan manusia terus bebas dari dosa, tapi kenapa Allah menjadikan manusia dekat dengan dosa dekat juga dengan pahala?

Kerana DIA suka apabila kita menangis, memohon ampun dan berharap dengan sepenuh pengharapan kepada DIA bila kita menyedari bahawa kita ini hanya hamba yang lemah, banyak pula melakukan dosa.

Berkeinginan untuk berubah; memohon ampun, mencari dan berharap pada rahmatNya- itulah sebaik- baik perbuatan seorang hamba pada tuannya.

Pintu itu selalu terbuka buat kita yang punya keinginan mencari kunci sebenar

Saturday, April 14, 2012

Oh, hebatnya DIA

Bismillah

“Tak perlu melihat jauh untuk melihat hebatnyaDia

Cukuplah untuk melihat ke dalam diri”

……

Subhanallah,

Semakin hari, saya jatuh suka pada dunia medic

Yang tak pernah membuat saya lupa pada kebesaran DIA

Yang tak pernah gagal menerbitkan rasa penuh kagum buat PENCIPTA

Melihat fizikal diri manusia yang penuh ‘complexity’

Belum lagi dengan emosi, perasaan.

Semua sungguh ‘complex’!

Kagum bukan?

Oh, hebatnya DIA

Tuesday, April 10, 2012

mereka bunga


Bismilahirahmanirrahim…


“Tuhan itu ada

antara manusia dan hatinya ”- quoted


Subhanallah,

Saya tahu, Allah sedang memberi sesuatu buat jiwa ini

Saya semakin kerap bertemu dengan hati- hati yang mendamba cahaya Illahi

Suka benar saya melihat mereka

Hati mereka bersih, baru ditumbuhi tunas tarbiyah

Hati mereka suci,

merelakan cinta Allah terus bercambah dalam nurani

Subhanallah, memang cantik bila tarbiyah itu terpancar pada hati yang bersih




Allah, moga cinta itu juga terus menjadi kerinduan hati ini

Wednesday, April 4, 2012

merajuk

Subhanallah

Tadi hujan batu

Saya tengok, tapi tak perasan itu adalah hujan batu!

Mungkin Allah tak pilih saya

Eh, mana ada kemungkinan

semua suratan

Lain kali la tu, insyaAllah

Hati, jangan merajuk dengan mata okay?

Monday, April 2, 2012

memang rindu

Alhamdulillah,

sekian lama merindui hujan

akhirnya Allah menghadiahkan hujan pada bumi ini

biarlah sekejap cuma

tapi basahnya terasa lama

dah lama rindu bau hujan

Subhanallah, mmg rindu..

terima kasih Allah

terima kasih awan