Tuesday, July 10, 2012

ia lebih menenangkan jiwa


hidup ini tidak boleh berharap pada org utk memberi
belajar utk memberi
sebelum senyum  menerima.

tetapi betullah
kata seorang sahabat:

“ jangan berharap utk menerima dari manusia”

baru saya tahu
Ia lebih menenangkan jiwa
kalau berharap dari Tuhan
tidak mengapa
kerana ia pengharapan yang agung;
sifat si  hamba
berharap betul- betul hanya pada DIA.




Monday, July 9, 2012

pen kaler- kaler jadi bulatan riang


cuba belajar dari mereka

umur yang lebih;
tidak ada makna jika tidak punya mata hati untuk menilai
biar kecil
tapi kecil- kecil cili padi
punya ingatan yang kuat
punya kehendak yang tinggi dan bekerja terhadap itu!

Rutin harian:
menelefon rumah
bercakap dengan Danish
bertanya nak beli apa kerana saya sudah membilang hari mau pulang ke Malaysia

“ ala, adik nak pen kaler- kaler yang kakak tunjuk haritu”

Aish, mau pening kepala fikir benda apa.

“yang boleh sambung- sambung jadi bulat! Kan kakak ckp nak beli kat adik ….”



masyaAllah, baru teringat
rasanya dah lebih 7 bulan saya tunjuk pada dia,
itupun sekejap: masa skype
dengan tujuan nak timbulkan rasa jealous dalam hati adik darjah satu saya itu!
Saja nak usik dia.
Tapi berakhir dengan satu perjanjian

“nanti balik, kakak beli utk adik”


Itu janji saya pada dia.

lihat,
ingatan mereka kukuh
seperti langit yang di atas
tapi saya,
ingatan seperti angin.
ke sana ke mari
malu
…..

malu;
teringat janji- janji pada Allah yang belum terlunaskan!

ajari nafsu


senyum
Alhamdulillah

“Kalau kita tidak dipenatkan dengan perkara besar
Kita akan diremehkan dengan perkara kecil.”

hari ini;
belajar berkata
“TIDAK”
pada hati sendiri
hmm
bukan hati
tetapi
NAFSU barangkali.


Saturday, July 7, 2012

yang tenggelam!


Rasa baru semalam
mendapat rasa yang sedemikian rupa.
tak tahu mana harus melangkah.

Terpinga- pinga. kosong
terus menapak perlahan ke depan
menapak mengikut rasa dari DIA
setapak demi setapak
hingga sekarang
setahun sudah!

Alhamdulillah.
entah ke mana rasa kosong itu
Allah tenggelamkan bersama tarbiyah bumi maudidi barangkali!


bila 
jodoh mula menjadi bibit soalan org tua di  hujung telefon ;
rasa mahu pulang menjadi enam tahun!
bestnya, boleh masuk pertandingan bercerita lagi. 
lalalala :)

Friday, July 6, 2012

bimbang semata


Bimbang
Kegelisahan yang bertandang hanya kerana exam semata
Bukan kerana kepenatan mencari redha DIA

Khuatir aku
Kegembiraan yang ditunggu;
Pulang ke istana dunia
Melebihi kegembiraan menyambut Ramadan.

Yang dalamnya penuh;
 jalan ke syurga.



Allah, tolong.
Pegang jiwa ini
Hujani dengan rahmat
Moga ia kekal dalam landasan

Jika ia tergelincir
Sentuh ia
Sentuh dengan kasih sayang.

Wednesday, July 4, 2012

Hujan renyai- renyai, tapi ada bulan cantik!




Malam bulan penuh
Malam 14 sya’ban


tarbiyah ini bukan tarbiyah murabbi
juga bukan  tarbiyah manusia
datang dan pulang mereka;
tanda kasih Allah buat hati kita.

kerana tarbiyah ini tarbiyah Allah
harus yakin air mata ini juga
telus;
dari Allah







Tuesday, July 3, 2012

sensitip


Tengah hari semalam;
Keluar dari medical bookstore
Terus nampak seorang baby comel-perempuan, 9 bulan.
Didukung oleh ibunya; pelajar barangkali
Sambil pipi dicubit manja oleh seorang lagi pelajar perempuan.
sewaktu melintasi, sempat saya senyum pada baby
nampak dia senyum membalas, subhanallah comel sgt- sgt.
Comel, kehindustannya terserlah!

Saya terus melangkah  masuk ke JNMC hostel, 
berniat hendak ke bilik Jannah.
Mahu mengambil barang yang tertinggal semalam.
Sewaktu melintas masuk hostel,
 saya terpandangkan pak cik guard tengah memandang baby comel dari jauh
Dengan muka yang berseri- seri.
Terselindung di sebalik  pagar bersimen.
Kadangkala, sempat dia menggamit perlahan pada baby tersebut…

Terus macam- macam persoalan timbul;
‘pak cik ni takda anak kot’
‘tak pon, rindu cucu. Asyik kerja cari rezeki, tak sempat nak main- main dgn cucu’
‘tak pon, anak- anak tak ingat nak balik jenguk ‘

Aduhai,
Sebak …

Aduhai, saya ini
 senang sebak,
mudah menangis.
Banyak mewarisi gene emak barangkali.

Pernah sekali saya termenangis dlm telefon,
esok paginya emak sudah sampai dari kedah.
bila terpandang saya - terus hidung merah.
Hati mana yg tidak ter-tahan?


wajah- wajah jejaka kacak dalam hati saya


Menangis bukan petanda lemah,
Biar selalu menangis
Agar hati basah,
punya sensitivity pada yang sepatutnya.