Tuesday, July 3, 2012

sensitip


Tengah hari semalam;
Keluar dari medical bookstore
Terus nampak seorang baby comel-perempuan, 9 bulan.
Didukung oleh ibunya; pelajar barangkali
Sambil pipi dicubit manja oleh seorang lagi pelajar perempuan.
sewaktu melintasi, sempat saya senyum pada baby
nampak dia senyum membalas, subhanallah comel sgt- sgt.
Comel, kehindustannya terserlah!

Saya terus melangkah  masuk ke JNMC hostel, 
berniat hendak ke bilik Jannah.
Mahu mengambil barang yang tertinggal semalam.
Sewaktu melintas masuk hostel,
 saya terpandangkan pak cik guard tengah memandang baby comel dari jauh
Dengan muka yang berseri- seri.
Terselindung di sebalik  pagar bersimen.
Kadangkala, sempat dia menggamit perlahan pada baby tersebut…

Terus macam- macam persoalan timbul;
‘pak cik ni takda anak kot’
‘tak pon, rindu cucu. Asyik kerja cari rezeki, tak sempat nak main- main dgn cucu’
‘tak pon, anak- anak tak ingat nak balik jenguk ‘

Aduhai,
Sebak …

Aduhai, saya ini
 senang sebak,
mudah menangis.
Banyak mewarisi gene emak barangkali.

Pernah sekali saya termenangis dlm telefon,
esok paginya emak sudah sampai dari kedah.
bila terpandang saya - terus hidung merah.
Hati mana yg tidak ter-tahan?


wajah- wajah jejaka kacak dalam hati saya


Menangis bukan petanda lemah,
Biar selalu menangis
Agar hati basah,
punya sensitivity pada yang sepatutnya.

0 comments: