Saturday, August 18, 2012

“Taqabbalallahu minna wa mingkum”


Langit  tidak henti- henti menangis dari subuh semalam
Mendung dan terus mendung.
Kata emak, barangkali langit juga menangisi pemergian ramadan
Padahal beberapa minggu sebelum,
panas terik seperti tidak mungkin ada hujan sama sekali.

Hati tidak mampu lagi menanggung sebak
Mulut juga tidak mampu  mengikut bait- bait kata lagu hari raya; seperti dahulu.
 Yang ada hanya air mata, mengalir laju mengikut melodi lagu.
Entah, sedih yang bertambah- bertambah.
Meninggalkan Ramadan pergi.
Meninggalkan hadiah dari DIA.

Lagi – lagi sebak bila mendengarkan ini;
Nabi S.A.W bila mana berjumpa sesama orang islam di hari raya, baginda akan mengucapkan kalimah
“Taqabbalallahu minna wa mingkum”
(semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu)

Hati, tolong kuat!
Kerana bergembira di hari raya adalah sunnah  Nabi S.A.W , bersedih- sedihan di hari raya bukanlah daripada ajaran islam.

Tuesday, August 14, 2012

pang! tampar pipi


Ini memang menitiskan air mata bergelen- gelen;

Malik bin Anas menitiskan air mata ketika berbuka puasa, ditanya oleh muridnya.
Aduh, dengarkan jawapan Malik bin Anas.

“ Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah S.A.W. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedang aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit”.

Pang! Tampar pipi, jentik jiwa.



Monday, August 13, 2012

satu dua satu


satu: “dia tidak pernah tahu awak tidak suka begitu?”

dua: “hmm.. enggak. aku pingin berubah, bukannya mengubah.”

satu:“ Iya- iyalah, patutnya sama- sama berubah; punya sifat yang cantik. Bukan itu yang awak belajar dari tarbiyah?”

Saturday, August 11, 2012

120812


sudah 11 hari di rumah. Alhamdulillah
Tipu sangat kalau tak rindu biah di sana.
……..

Bila  berbuka  semalam;
 abang bercerita  kisah adik- adik  rumah anak yatim
Dia sebak, habis semua yang lain turut sebak.
Tak sanggup nak menguyah makanan,
Apalagi nak menambah nasi dalam pinggan.
Banyak cerita yang saya sendiri tidak sanggup dengar; 
tubir mata sudah panas barangkali.
Terus habiskan suapan yang terakhir
Lambat- lambat  baca doa habis makan, masuk bilik.

Wednesday, August 1, 2012

hadiah bulan suci


 Mereka yang  kuat;
biar ada yang pergi dulu
berjumpa Illahi.

Hebatnya ke-kuatan yang Allah pinjamkan buat mereka.

Benarlah Ramadan ini hadiah
buat hati- hati bersedia mahu diisi

tenang
selagi mana Dia dalam hati    

Allah, tolong.
tolong tingkatkan  enjin jua momentum bulan suci,
bulan barokah.

Sunday, July 29, 2012

pembeli jiwa


andai kita tahu; 
DIA pembeli jiwa 
mana mungkin
kita menjual yang buruk- buruk
yang kotor- kotor.

masa lapang itu membunuh jiwa pemuda.

07:27am
Kautsar, Bangalore.

Friday, July 27, 2012

tahun satu


Subhanallah
tahun satu  pergi
dengan beribu cerita didikan DIA.

Allah,
terima kasih
KAU resahkan hati, berkali- kali
kerana mahu menyemai benih tawakal dalam diri.

dengan tawakal itu kita meneruskan kehidupan
mewakilkan segala urusan pada DIA.

nikmat kesihatan yang ditarik sewaktu professional exam
benar- benar mengunci hati
tulus tawakal hanya pada Al- Waqeel.



mahu pulang, kadang- kadang sukar berkata tidak;

" Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirnya dengan susah payah(pula) (46:15)

Allah, 
moga apa- apa pun
redha MU sentiasa ada.