Monday, January 17, 2011

bukan mudah bernafas dalam jiwa HAMBA

Ya Allah ya Mujib
Ya Malik al- Mulk
Aku berlindung di bawah lembayung kekuasaan-Mu
Tabahkanlah hatiku wahai Yang Maha Menentukan


Uraikanlah kekusutan pada hati hamba yang lemah ini Ya Allah...

Thursday, December 16, 2010

sepi sunyi sendiri


" Manusia itu tidak sendiri

Tetapi merekalah yang menyendirikan diri

Melemparkan keimanan jauh dari hati

Memisahkan diri daripada Illahi

Akhirnya sepi, sunyi, sendiri"


Salamua'laik, wahai jiwa – jiwa yg tenang

J

Semoga kita terus diberi kekuatan yg luar biasa

Untuk selalu memurnikan jiwa

Tidak semena- mena HATI saya rasa terpanggil untuk menulis

Memberi peringatan yang banyak buat diri sendiri terutamanya…


Alhamdulillah, novel SINERGI karya Hilal Asyraf telah selesai dihabiskan pagi tadi

Hati saya terjentik dengan persoalan – persoalan yang mewarnai novel

Sarat dengan tarbiyah

Penuh dgn pengisian rohani

Berupaya membina kekuatan iman dalam hati siapa – siapa yg m'bacanya, InsyaAllah

Tak sangka rupanya, wujud juga golongan yang sedemikian pada masa ni…

Hidup 100% berlandaskan keimanan…Subhanallah

Hidup tidak resah, jiwa tidak gelisah

Suka saya untuk mencedok sedikit bait- bait kata dlm novel tesebut :


"Kamu pandang enteng keimanan kerna ia abstrak

Tetapi tahukah kamu apa yang membina generasi terdahulu hingga gemilang tidak retak?

Keimanan yg satu telah menyatukan insan yg banyak

Gerak tingkah terbina atas keimanan

Tidak akan mampu digertak…"


" keimanan adalah paksi"

Yup, itulah paksi kehidupan

Biar dilanda musibah

Biar dihujani kebahgiaan !

Tiada kata yg mampu diucap

Saya betul – betul rasa jiwa terisi

Almaklumlah, sekarng tgh cuti…

Rasa sepi, rasa kosong

Disibukkan pula dgn hal- hal IB school

yang tak permah berputus asa demand masa saya !

Moga kita cukup kuat

menghadapi masa – masa yg genting luar drpd biah solehah itu…


p/s: Kawan-kawan, jom kita pakat baca novel ni. Tak rugi ..hehehe

Saturday, November 27, 2010

...

Missing picture in my previous post
Danish =)

What’s gurlz bliv,gurlz can achiv!

Salam kasih

Sahabat- sahabat, saya bakal menduduki final exam 3rd sem Isnin ni

Doakan kejayaan kita bersama J

Saya sentiasa mendoakan kalian

Moga kita berjaya di dunia & akhirat

Dan moga - moga redha-Nya selalu menemani setiap derap langkah kita

Juga moga- moga cintaNya sentiasa memenuhi kamar hati kita

Amiiiin,InsyaALLAH

What's gurlz bliv, gurlz can achiev!!!

HE will never leave us alone... J


 


p/s: Rindu Danish ! peace

Sunday, November 14, 2010

selamatkanlah jiwa gelap ini


Salam sayang

Saya mahu menangis
kerana saya futur
perhatikan sikap saya
saya lalai,sedangkan saya tahu masa itu terus-terusan berlari
sekali tersungkur ke dalam pasir
saya takut untuk bangun,
dan teruskan perlarian
saya takut terjatuh lagi
saya bimbang dengan 'kesakitan'...



"Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan Tanpa sadari dalam cermin wajah ini Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh"

Thursday, November 4, 2010

jauh di mata, dekat di hati

Salam sayang

Saya menulis kerana mahu mengukir semula, bimbang terpadam kenangan itu

:)

Kenangan kita dilakar dengan cantik
Dengan penuh rasa kasih sayang
Diwarnai dengan warna - warni bunga kepahitan dan kemanisan
Sungguh, saya rasa terpanggil untuk mewarnainya semula bersama anda - anda
Menceriakan semula warna - warnanya yang hampir kusam

.

Terima kasih
terima kasih untuk sahabat- sahabat saya di Sultanah Asma School
juga di Mara Junior College Kubang Pasu
anda mana mungkin bisa hilang dari kanvas kehidupan saya
Kerna warna- warna anda sudah terlakar dengan cantik
sudah terukir dengan penuh sifat ketelitian

insyaAllah
Warna- warna dan bunga- bunga yang indah itu tidak akan saya petik
Kerana dengan warna dan bunga-bunga itulah saya belajar
Saya belajar mengenal erti melukis pelbagai jenis "bunga"
"bunga kemanisan"
juga
"bunga kepahitan"

moga- moga kita menjadi insan yang lebih tabah
mengharungi lautan ini yang hanya sementara
lautan yang menyambung kita kepada "negeri abadi"
moga- moga "pelayaran" kita ini diredhai-Nya
Aminnn...

Buat sahabat saya, Raihah Rashid
:)

Saya suka award itu

Rindu awak lah !
Rasa nak balik menjadi lebih muda
:)

Friday, October 29, 2010

I asked for strength, and ALLAH gave me difficulties to make me strong


Bismillahhirrohmanirrohim...
Salam sayang

Sahabat - sahabat , bagaimana hati-hati kita?
InsyaAllah, moga sentiasa dlm keredaan-Nya
:)

Ini kisah saya, kisah yang saya kira memang punya kesan yang mendalam pada diri
Kaya dengan pengajaran
Biarlah dijadikan pengajaran,jangan diulang dan terus berulang lagi kelak
Sesungguhnya Allah menguji, agar kita menghargai erti kekuatan

" I asked for strength,
and ALLAH gave me difficulties to make me strong,I know, HE will never leave me alone.."


Kisahnya, saya telah menerima amanah untuk menghasilkan video usrah umum pada minggu ini.
Walaupun diri saya dipenuhi assignment,
Yang saya kira cukup memeningkan kepala
memenatkan minda
Oleh itu, adalah lebih molek jika saya rehatkan minda seketika
dengan menghasilkan video.

:)

Saya tekadkan hati


kerna bagi saya, video- video juga turut berupaya menyentuh hati- hati manusia
jika dihasilkan dengan teliti
jika dihasilkan dengan penuh rasa ingin memberi



"InsyaAllah,"dengan penuh bsemgt sy mengikat janji kpd roomate
Dia antara sahabat- sahabat yang bertanggungjawab menguruskan usrah umum minggu ini.

ALLAH INGIN MENGUJI
Pada mlm sebelum usrah, yakni Khamis malam Jumaat
usai ceramah di surau An-Nur
2 kali sistem laptop saya terganggu
mati dengan tiba- tiba
saya buat semula,dari awal
Salah saya, terlupa save
Kali ke -3 adalah ketika light off kira-kira pukul 2 pagi

Waktu itu, mata saya diuji
rasa mengantuk yang teramat
saya terus kuatkan semangat
buat kali yang ke- 3
sehingga tiba - tiba

" not responding !"

tiba- tiba rasa sangat letih
sangat penat
sangat mengantuk
berkira- kira mahu rehat selama 15 minit
tetapi,tika terjaga
saya terdengar laungan azan !

Sungguh, rasa bersalah menikam dalam hati...

:(

"Ya Allah, kesiannya pada adik- adik..."

Usai solat dan bersiap, saya meneruskan kerja kembali
malangnya, tiada apa - apa yang terpapar di skrin laptop saya
saya hampir putus asa
kiranya tiada erti
penat dan lelah saya pada malam semalam!
roomate mmberikan kata smgt, juga membantu
sehingga terbawa- bawa ke kelas !
waktu rehat,saya ke kelasnya utk memastikan semuanya berjalan lancar
ternyata masih banyak yang perlu ditambah...
Bimbang juga tidak jelas maksud yang ingin disampaikan
classmate roomate juga turut sama meringankan amanah saya
Jazakillah
:)
saya rasa bersalah pada roomate
dia tidak bersarapan,hanya sempat lunch,
itupun seusainya usrah umum

Minta maaf roomate, itu kerja saya.itu amanah kepada saya.
Peringatan Allah buat saya, jangan lambat- lambatkan pekerjaan...
teringat pesanan seorg akk

" Tugas kita bukannya membahagikan masa, kerana sama rata Allah kurniakan masa 24 jam kepada setiap hamba-Nya.
Tetapi tugas kita membahagikan pekerjaan sesuai dengan masanya.."


p/s : amalia, kuatkan hati,kuatkan semangat.Saya baru mngenal usrah, namun saya sudah merasai ukhwah yang terjalin