Wednesday, September 29, 2010

‎(57:22-23) + (2:216)


Salam sayang

Kisah saya
Malam semalam dlm lrt; perjalanan dari Sogo ke Bukit Jalil amat menarik, seorang sahabat saya menjerit kesyukuran dan kegembiraan lantaran menerima panggilan telefon dari seseorang yg juga kenalan saya di kolej.Habis kecoh satu lrt itu ;) Alhamdulillah,beliau b'jaya mendapat tawaran ke Cork @ Galway,Ireland.

Tika itu hati saya berdegup,agak kencang !
Memikirkan bagaimanakah pula keputusan interview saya?
Saya terus memegang telefon,mungkin classmate saya juga akan menelefon saya,memberitahu khabar yang sedemikian rupa.
Tiada.Hampa
:(

Saya memeluk bahu beliau erat,tanda berkongsi kegembiraan dengan beliau.
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan beliau.
:)

Usai solat Isyak di surau Bukit Jalil, junior saya menawarkan laptop dan broadband kerana semua barang saya masih di kedai simpanan barang berbayar .
Tika itu juga telefon saya berbunyi,sahabat saya yg itu juga sukses.
Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan beliau.

Saya cuba tersenyum.
pada masa itu juga,kegusaran saya berada pada tahap maksimum!
Jari-jemari saya bergetar!
Namun,saya tetap kuatkan hati.
Tika itu,kelajuan internet berada pada tahap 10m/h sahaja.
Namun kelajuan jantung saya mengepam darah umpama 210km/h !

Takdir Allah
saya TIDAK tersenarai dalam golongan nama-nama yang terpilih mengikuti program tersebut.
Beberapa kali, berulang-ulang melihat senarai nama tersebut,
akhirnya saya pasrah.

MEMANG NAMA SAYA TIADA

Tiada kata yang mampu diungkapkan pada masa tersebut.
Saya terkesima dan terdiam
menarik nafas dalam- dalam.
Dalam beberapa saat,
terasa ada tangan kecil yang mengusap bahu saya dan menepuk-nepuk belakang saya dengan lembut
sambil berbicara lembut
Tika itu baru saya rasa ada sebak di dada
Hati saya bergetar
Bukan rasa sebak kerana saya kecewa tidak terpilih
tetapi
kecewa kerana saya tidak berlapang dada menerima takdir ini...
Saya tertunduk buat seketika...

...............
Kenapa perasaan itu muncul juga biarpun sekelumit?
Siapalah saya ini untuk mempersoalkan takdir Allah ?
Layakkah saya?
mempersoal apa yang telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz ?

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"
(57: 22-23)

Luarannya saya nampak tabah kerana tidak mengalirkan air mata,namun hati saya
siapa tahu?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui

Saya hantar mesej buat kenalan-kenalan yang selalu dekat pabila saya terasa down

Agar semangat saya kembali pulih

terima kasih kalian,kalian selalu dekat dihati saya

tanda kasih Allah; Allah kurniakan saya sahabat sebaik kalian !

Subhanallah ...

Perjalanan 5 jam dari Bukit Jalil merupakan satu perjalanan yang amat panjang buat saya.Mata saya tidak langsung terlelap walaupun badan saya amat lemah.
Mungkin kerana fikiran saya kosong pada waktu itu...

Dalam perjalanan dari stesen bas ke rumah,saya sampaikan khabar tersebut kepada ayah.Saya susun ayat-ayat agar saya nampak tabah.Berita tersebut juga saya khabarkan kepada emak ketika bersahur . Ayah dan emak saya nampak biasa, memberikan kata-kata semangat buat saya.Mungkin kerana mempunyai pengalaman yang sama dengan abg saya dahulu.

Tetapi saya tahu,mereka dapat membaca isi hati...
Mereka cuba menceriakan hati saya


Selamat tinggal University College Cork dan National University of Ireland,Galway.
InsyaAllah jalan masih terbuka untuk saya ke RCSI mahupun ke University College Dublin.Boleh jadi ke Czech,Poland,Australia ataupun di Malaysia.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(2;216)


Bersabarlah wahai hati

"HE WILL NEVER LEAVE YOU ALONE"

p/s: sahabat2 yang sy tak msg ,sy tahu kalian sangat2 busy. saya bimbang kegelisahan hati yang saya alami menambahkan kegelisahan hati kalian. Namun,kalian tetap BUNGA di hati saya ;)

Tuesday, September 21, 2010

baruberpisahsudahrindu?



Salam sayang saya dari luar negeri.Harap maklum,luar negeri sahaja bukan luar negara.
:)

Saya hairan dengan penyakit rindu yang saya hadapi.Sukar diubati.

Penyakit ini sangat kronik kerana saya sanggup melakukan apa sahaja.

Penyakit rindu apakah ini?

Jangan tersalah anggap, ini adalah rindu kepada rumah saya.Saya rindu pada orang-orang yang ada di dalamnya.Subhanallah,besarnya rasa rindu yang sebenarnya sedikit sahaja engkau campakkan dalam hati ini...

Rindu juga pada bilik ini




Padahal baru tiga hari di kolej.Biarlah,biarlah saya merindu.Kerana rindu itu indah...





Sunday, September 12, 2010


Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Saturday, September 11, 2010

ramadanyangdirindu


Salam kasih dari saya di bulan Syawal.Pejam celik-pejam celik sudah 3 hari Ramadan meninggalkan kita...Ya Allah,cepatnya masa berlalu.Pantas,namun saya masih terbuai-buai dengan keseronokan dunia yang sementara,lupa bahawa tali pita umur semakin pendek.Semakin dekat dengan tarikh kematian.Mungkin beberapa saat dari sekarang,mungkin juga beberapa minit,jam,hari minggu,bulan dan tahun...

Siapa tahu
Mungkin Ramadan yang berlalu ini merupakan Ramadan yang terakhir buat saya...

Siapa tahu
Bimbang saya tidak memanfaatkan Ramadan ini dengan sepenuhnya.Sungguh,saya tahu saya tidak memanfaatkan bulan yang penuh berkat itu dengan bekal-bekal yang mampu berhujah tika saya bertemu dengan-Nya kelak,tika hanya amalan mampu bersuara...

Sungguh,saya rindukan Ramadan bulan berkat.Moga-moga tali pita hidup saya masih panjang,masih sempat bertemu lagi Ramadan akan datang,InsyaAllah

Adus,sekarang tika bangun pagi,terlintas di fikiran nak pakai baju raya apa hari ni hah? colour apa?Saya terlupa pada ibu-ibu di Palestine,bangun pagi terfikirkan makanan untuk anak-anak Palestine yang berjuang mempertahankan bumi Islam.Hampir saban hari,makanan tak pernah mencukupi.Tapi saya,memikirkan baju raya yang memenuhi ruang almari kamar tidur !

Mungkin ini petanda Ramadan yang berlalu hanya berlalu seperti hari-hari biasa buat saya?Sibuk memikirkan eksperiment EE yang tidak menjadi , TOK essay yang tidak menarik , tests yang keputusannya seperti tidak belajar ? Saya biarpan Ramadan saya hambar tanpa bunga-bunga ibadat...

"Ya Allah,bimbangnya aku menjadi segelintir daripada hamba-hambaMu yang tidak diampuni dan dijauhkan dari api neraka seusainya Ramadan"

Sunday, September 5, 2010

mencaribahagia


Alhamdulillah,perjalanan dari Stadium Bukit Jalil ke Bandardarulaman berjalan dengan lancar.Hati saya bimbang kerana sepanjang perjalanan yang mengambil masa 6 jam ditempuhi dalam keadaan hujan yang agak lebat.Bimbang perkara yang tidak elok berlaku pada musim perayaan macam ni ...nauzubillah

Kalau ikutkan hati,mau saja saya naik flight macam selalu ,kan senang.Tapi kasihan ayah,saya ni asyik habiskan duit,membazir...

Saya pujuk hati,"kita naik bas,insyaAllah..."

Jadi keputusannya,saya naik bas bersama sahabat-sahabat.Biarlah berpenat sedikit.Rasulullah dan para sahabat siap boleh berperang pada bulan yang mulia ni.

SUBHANALLAH,tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka

:)




Tuesday, August 24, 2010


" Jangan main-main dengan TAWAKAL"

Tersentak saya pabila melihat wall facebook saya .Menatap kembali sepotong ayat yang pernah saya gunakan di hadapan mama homeroom dan sahabat-sahabat di MRSM KP tika saya pulang ke maktab untuk bertemu rakan-rakan 3 bulan yang lalu.




ALam Itu INdah Thanx Fatin Amalia coz bg ilmu yg bermakna, "jangan main2 dengan tawakal".membuatkan hati kami menjadi tabah dan redha...


Saya sangat tersentuh.Hampir mengalir air mata saya , dan hakikat sebenarnya,Ya! Hati saya sedang menangis...Sesungguhnya ALLAH telah memberi peringatan semula kepada saya dengan dengan apa yang saya katakan kepada mereka.Saya memberi peringatan kepada sahabat-sahabat ,namun saya meninggalkannya jauh...

"Wahai orang-orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" ( As-Saff : 2).

Tika itu hati saya meruntun sayu.Saya rasa berdosa.Kerana kurangnya kasih saya pada Ya-Rabb namun kasihnya tak pernah meninggalkan saya.Tika saya diruntun kesedihan,DIA memujuk kembali dengan kalam-Nya...

Jujur sekali saya hampir melupakan sepotong ayat tersebut yang selama ini saya pegang,yang sebenarnya saya petik dari seorang akak usrah waktu coll-sem blok F.Saya ditimpa satu demi satu ujian dari Allah yang sedang menguji sejauh mana kebergantungan dan ketaqwaan saya kepadaNya.

Hati saya selalu menangis,habis satu,satu lagi dugaan menjelma.Baru hendak bangun mengutip semangat,jatuh terduduk semula!
Dugaan datang tidak henti-henti...

Allah sedang merindui saya.Merindui rintihan saya kepadaNya...

Dalam kesedihan yang melanda,saya cuba menyelak tafsir.Mengutip ketenangan yang luar biasa tenangnya.Ditakdirkan Allah,mata saya tertancap pada ayat yang saya kira sebelum ini belum cukup kuat meninggalkan kesan di ruang hati saya

"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah,kemudian dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat,kemudian dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki .Dan dia Maha Mengetahui,Maha Kuasa " ( Ar-Rum: 54)

Subhanallah, engkau sedang memujukku wahai penciptaku ! Memujuk hati dan memujuk imanku.Malunya aku padaMu Ya Rabb...
Saya benar-benar tersentuh.Kasih Allah tidak pernah berkurang,mendekati hati tatkala kosong,tidak pernah mengecewakan.Sungguh.Namun kasih saya padaNya?

Saya terus memujuk hati...Jalan Allah yang saya pilih ini masih panjang.Memerlukan komitmen yang tinggi.

"Teruslah bertahan wahai HATI"

HE WILL NEVER LEAVE YOU ALONE


Sunday, May 30, 2010

Rombongan bertandang ke rumah


Rasa bahagia.Semalam ada rombongan datang rumah.Waktu tu, kami satu keluarga baru ja balik kenduri kahwin.Tapi ayah takda kat rumah sebab terus pegi kedai nak cuci keta.

Emak: "akak,cepat call ayah balik rumah .Ada orang mai rumah ! "

Saya terus sarungkan tudung semula, berlari ke ruang tamu.Bersalaman dengan rombongan tersebut.

Si isteri: Eh akak,lama tak jumpa.Dah besar...

Saya terus mengukir senyuman.Oh,jiran lama rupanya...

Si suami : Lama lagi ka ayah nak balik, akak?Kami datang bawa hajat...

Si isteri : Eh abang ni , x pa la...Kita lambat sikit.Minum air teh anak dara ni buat.*sambil tsenyum pada saya*

Saya: Eh,kejap ja lagi.Ayah suruh tunggu.Ayah cakap sikit lagi dah nak siap...

Saya terus terfikir.apakah hajat yang dimaksudkan...Mungkinkah?
"GGGrrrrr..........."

Tahukah anda apa hajat mereka?

Mungkin jangkaan anda tepat !

Betul.tepat sekali.

undangan WALIMATUL URUS

Puteri mereka, sebaya dengan saya akan melangsungkan perkahwinan pada 10 June ini

Alhamdulillah,"dah jodoh"...kata orang tua-tua

Saya gembira.Tak sabar rasanya menghadiri walimatul urus rakan sendiri.


Mungkin minggu ni saya akan sedikit sibuk menyiapkan bunga telur untuk dihadiahkan kepadanya.Sangat teruja.Tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa.

Setelah rombongan tersebut pulang,ayah bersuara," ada ramai lagi tak kawan-kawan akak yang nak kenduri'?

Dalam hati saya bermonolog,"ayah,akak bila lagi ? "