Friday, June 22, 2012

teliti dengan keteliti-an


Tidak mahu mencuci;
 pakaian putih  bersama pakaian hitam.


seperti itu juga sepatutnya;
hati- hati, teliti
tidak mahu ibadah bercampur riak dan tinggi diri
kerana ia;
gelap
hitam
 merosakkan yang putih.

Thursday, June 21, 2012

doa- sifatnya menguatkan


Alhamdulillah
Hari ini secara officially, tamat segala class pengajian tahun pertama.
petang pula, tamat end block assessment yg terakhir bagi phase 1.
Tapi sebenarnya ada beberapa revision classes lagi dalam 3 minggu sebelum professional exam yg bakal menjelang.

Baru beberapa hari lepas mendapat panggilan dari tok wan
“kakak macam mana? Rasa- rasa boleh ka jadi doctor ni..?”

Saya tersenyum sendiri. Dalam hati tergelak kecil-  baru 1st year tok wan.
“InsyaAllah tok wan. Tok wan doakan tau. Kakak pelan- pelan belajaq, insyaAllah”
Tok wan tak habis- habis pesan, hati kena jaga- hati kena bersih.

Rasa terharu. Ramai yang tak putus- putus mendoakan.
Terima kasih, doa kalian yang menguatkan selama ini.
Doa kalian jua yg menguatkan saya dalam DnT .





Perlahan saya mengayuh,
Semakin hari- beban semakin berat dirasa
Alhamdulillah, Allah tidak pernah membiarkan kayuhan itu terhenti
Walaupun kadang- kadang saya putus harapan.
Tapi tetap ditolak dari setiap angle.

Berhenti untuk melepaskan lelah,
mengelap peluh masin yg menitis.
 Senyum sampai  pipi.

Allah, banyak yg telah engkau mudahkan.
Banyak  kesusahan yang telah terlupa-kan.


Wednesday, June 20, 2012

...


Monday, June 18, 2012

terlupa-kan


gadis itu punya tabiat
sebelum tidur;

membersih, mengemas dan menyusun
menggosok baju
merancang esok hari
supaya bila bangun
dia tersenyum kerana
semua sudah tersusun rapi
lengkap dan kemas!
Hatinya tenang.



tapi gadis itu selalu lupa
asyik meninjau ke luar
memburu burung di langit
lupa untuk menoleh ke belakang;
mengutip nilai yg barangkali terlupakan.

dia  seorang muda
semangatnya bagai angin bulan juni
bertiup kencang
doakan dia; 
si gadis 

Sunday, June 17, 2012

beruang koko


berdebar- debar hati
banyak yang berlaku,
banyak juga yang belum 
tetapi kerap bermain di fikiran


Allah, tolong.                                      
Sedangkan hati seorang muslim itu seharusnya tenang, lembut dan kuat.


Allah, mudahkan.
Mudahkan segalanya…
Jika itu baik bagi kami
dan baik juga buat keluarga kami.

langit belgaum yang mendung,
atmosfera yang  sejuk,
kadangkala buat rasa rindu pada kehangatan mentari semakin memuncak.
hmm,
mana  erti syukur dalam kamus hidup kamu?
.....

suka ambil gambar,
suka juga menulis.
ya,semakin suka! - saya

Saturday, June 16, 2012

retak- retak


Kadang- kadang
perlu belai dan tenangkan hati dengan alam
supaya hati dapat membesar dengan baik
diisi dengan perkara baik juga.


 “ Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak- retak sedikit pun?” (50:06)


Hanya hati yang penuh, dapat mengisi hati – hati 

Friday, June 15, 2012

kek marble!


Rindu pada murabbi terubat

kerana Allah tidak pernah mengurangkan rasa itu




"And He has united their ( believers') hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly He is All-Mighty, All-Wise" 
(08:63)


kali ini atas tanah!
rindu 'bergembira' atas tanah

terima kasih Allah
bon voyage  kakak :)