Wednesday, June 13, 2012

embun


Pagi - indah dan istimewa
diisi dengan mathurat dan Al- Quran
dicantikkan dengan dhuha



masak nasi goreng makan bersama kopi panas.
pasti berjalan ke kelas dengan senyum segar
biar embun turut sama tersenyum! 

"assalamualaikum embun! doakan aku hari ini "

Monday, June 11, 2012

pagi


Usai subuh, duduk berteleku di sejadah

“Allah, janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh Engkau tidak pernah mengingkari janji.”
(3: 194)

Tak mungkin tidak, dalam hati kecil  tidak pernah  terdetik rasa itu.

Duduk lama- lama…

“ Sesungguhnya, Aku tidak menyiakan amal- amal orang yang beramal di antara kamu…” (3: 195)





langit sudah kembali cantik 
seperti dulu
ketika hati mula terpaut pada keindahannya

seperti angin september
tidak pernah gagal menyejukkan jiwa



gambar merah jambu


princess
do preserve  your crown


 because  Allah has made it special to the lucky one - prince

Sunday, June 10, 2012

doakan-


entah kapan menulis menjadi kesukaan.

hmm.. 
doakan,
semoga membaca juga menjadi kegilaan hati

Saturday, June 9, 2012

senyum pada strawberry!


Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah tadi petang dah habis end block assessment  utk Basic Molecular Biology & Pharmacology. Tinggal lagi satu block lagi utk habiskan tahun pertama dan menunggu final exam. Dan tak sangka jugak dah habis satu badan rupanya belajar anatomy, block yg lepas ni hanya 2 minggu- Host & environmental block yang tak ada class anatomy langsung, cuma class  microbiology. Lepas ini bakal merindui anatomy..

Usai exam, saya terus bergegas untuk solat asar di common room sebab dah janji dengan ima nak teman ambil baju dekat tailor dan nak buat baju raya sepasang sebelum balik Malaysia. Wah ni dah mood balik Malaysia.

Sebelum pulang singgah di More sebab nak beli barang- barang masak utk anak- anak usrah saya yang comel- comel semuanya. Besok pagi nak picnic insyaAllah.

Saya tengok Ima bukan main muka berseri- seri tengok buah – buah baru sampai satu lori besar. Kejap dia pegang manga, lepas tu laici, kejap pegang plump! Sambil senyum- senyum… Tak habis- habis dia ulang sampai ke kaunter!
“seronoknya tengok buah banyak- banyak…kan?”

Saya senyum lagi sambil angguk- angguk. Saya pandang ke belakang semula, ke tempat buah dan sayur. Dan kali ni lagi banyak buah yang dah disusun cantik.

Subhnallah, kenapa rasa seronok bila tengok? Macam heaven pulak rasanya.  Ini baru dunia, patut lah dalam banyak- banyak makanan dalam dunia, buah jugak yang Allah pilih untuk disebut dengan banyak dalam Quran.

Teringat video ‘A day in jannah’ oleh Abdul Nasir Jangda. Jiwa rasa mekar  mendengar huraian syurga oleh beliau melalui tafsir surah Yasin.  

“There will be fruit and will have whatever they desire” (36: 57)

Bukan hanya buah, tapi semua. 
"everything and anything…"


Berharap menjadi sebahagian dari mereka, walau kita bukan sapa- sapa.

“inhabitants of Paradise today are busy will enjoy” (36: 55)

Thursday, June 7, 2012

ombak dan awan


Benar,
Bila- bila memikirkan,
ukhwah tidak perlu diperjuangkan
kerana ia terbit dari iman
buah dari rasa cinta kepada DIA



jika rindu, kirimkan doa
hembus pada ombak yang putih
semoga hujungnya disapa awan biru


bumi belgaum sudah mula dibuai lembut dingin musim hujan.
rupanya bumi juga rindu bau hujan

Monday, June 4, 2012

sayang


Bismillahirrahmanirrahim 

Sebahagian dari cerita diari hari ini-

‘overslept’

senyum sorang- sorang
rupanya ramai org sayang


“(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberikan ketenteraman dari- Nya”
(08: 11)