Hadirlah...kau dalam mimpiku...Agar kau selalu...ada disisiku...Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...Penawar lukaku...Dengarkan laguku...hadiah untukmu...Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...
Sunday, September 12, 2010
Posted by amalia at 5:29 PM 0 comments
Saturday, September 11, 2010
ramadanyangdirindu
Salam kasih dari saya di bulan Syawal.Pejam celik-pejam celik sudah 3 hari Ramadan meninggalkan kita...Ya Allah,cepatnya masa berlalu.Pantas,namun saya masih terbuai-buai dengan keseronokan dunia yang sementara,lupa bahawa tali pita umur semakin pendek.Semakin dekat dengan tarikh kematian.Mungkin beberapa saat dari sekarang,mungkin juga beberapa minit,jam,hari minggu,bulan dan tahun...
Siapa tahu
Mungkin Ramadan yang berlalu ini merupakan Ramadan yang terakhir buat saya...
Siapa tahu
Bimbang saya tidak memanfaatkan Ramadan ini dengan sepenuhnya.Sungguh,saya tahu saya tidak memanfaatkan bulan yang penuh berkat itu dengan bekal-bekal yang mampu berhujah tika saya bertemu dengan-Nya kelak,tika hanya amalan mampu bersuara...
Sungguh,saya rindukan Ramadan bulan berkat.Moga-moga tali pita hidup saya masih panjang,masih sempat bertemu lagi Ramadan akan datang,InsyaAllah
Adus,sekarang tika bangun pagi,terlintas di fikiran nak pakai baju raya apa hari ni hah? colour apa?Saya terlupa pada ibu-ibu di Palestine,bangun pagi terfikirkan makanan untuk anak-anak Palestine yang berjuang mempertahankan bumi Islam.Hampir saban hari,makanan tak pernah mencukupi.Tapi saya,memikirkan baju raya yang memenuhi ruang almari kamar tidur !
Mungkin ini petanda Ramadan yang berlalu hanya berlalu seperti hari-hari biasa buat saya?Sibuk memikirkan eksperiment EE yang tidak menjadi , TOK essay yang tidak menarik , tests yang keputusannya seperti tidak belajar ? Saya biarpan Ramadan saya hambar tanpa bunga-bunga ibadat...
"Ya Allah,bimbangnya aku menjadi segelintir daripada hamba-hambaMu yang tidak diampuni dan dijauhkan dari api neraka seusainya Ramadan"

Posted by amalia at 7:05 PM 0 comments
Sunday, September 5, 2010
mencaribahagia
Alhamdulillah,perjalanan dari Stadium Bukit Jalil ke Bandardarulaman berjalan dengan lancar.Hati saya bimbang kerana sepanjang perjalanan yang mengambil masa 6 jam ditempuhi dalam keadaan hujan yang agak lebat.Bimbang perkara yang tidak elok berlaku pada musim perayaan macam ni ...nauzubillah
Kalau ikutkan hati,mau saja saya naik flight macam selalu ,kan senang.Tapi kasihan ayah,saya ni asyik habiskan duit,membazir...
Saya pujuk hati,"kita naik bas,insyaAllah..."
Jadi keputusannya,saya naik bas bersama sahabat-sahabat.Biarlah berpenat sedikit.Rasulullah dan para sahabat siap boleh berperang pada bulan yang mulia ni.
SUBHANALLAH,tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka
:)
Kalau ikutkan hati,mau saja saya naik flight macam selalu ,kan senang.Tapi kasihan ayah,saya ni asyik habiskan duit,membazir...
Saya pujuk hati,"kita naik bas,insyaAllah..."
Jadi keputusannya,saya naik bas bersama sahabat-sahabat.Biarlah berpenat sedikit.Rasulullah dan para sahabat siap boleh berperang pada bulan yang mulia ni.
SUBHANALLAH,tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka
:)
Posted by amalia at 12:08 AM 0 comments
Tuesday, August 24, 2010
" Jangan main-main dengan TAWAKAL"
Tersentak saya pabila melihat wall facebook saya .Menatap kembali sepotong ayat yang pernah saya gunakan di hadapan mama homeroom dan sahabat-sahabat di MRSM KP tika saya pulang ke maktab untuk bertemu rakan-rakan 3 bulan yang lalu.
.jpg)
ALam Itu INdah Thanx Fatin Amalia coz bg ilmu yg bermakna, "jangan main2 dengan tawakal".membuatkan hati kami menjadi tabah dan redha...
Saya sangat tersentuh.Hampir mengalir air mata saya , dan hakikat sebenarnya,Ya! Hati saya sedang menangis...Sesungguhnya ALLAH telah memberi peringatan semula kepada saya dengan dengan apa yang saya katakan kepada mereka.Saya memberi peringatan kepada sahabat-sahabat ,namun saya meninggalkannya jauh...
"Wahai orang-orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" ( As-Saff : 2).
Tika itu hati saya meruntun sayu.Saya rasa berdosa.Kerana kurangnya kasih saya pada Ya-Rabb namun kasihnya tak pernah meninggalkan saya.Tika saya diruntun kesedihan,DIA memujuk kembali dengan kalam-Nya...
Jujur sekali saya hampir melupakan sepotong ayat tersebut yang selama ini saya pegang,yang sebenarnya saya petik dari seorang akak usrah waktu coll-sem blok F.Saya ditimpa satu demi satu ujian dari Allah yang sedang menguji sejauh mana kebergantungan dan ketaqwaan saya kepadaNya.
Hati saya selalu menangis,habis satu,satu lagi dugaan menjelma.Baru hendak bangun mengutip semangat,jatuh terduduk semula!
Dugaan datang tidak henti-henti...
Allah sedang merindui saya.Merindui rintihan saya kepadaNya...
Dalam kesedihan yang melanda,saya cuba menyelak tafsir.Mengutip ketenangan yang luar biasa tenangnya.Ditakdirkan Allah,mata saya tertancap pada ayat yang saya kira sebelum ini belum cukup kuat meninggalkan kesan di ruang hati saya
"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah,kemudian dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat,kemudian dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki .Dan dia Maha Mengetahui,Maha Kuasa " ( Ar-Rum: 54)
Subhanallah, engkau sedang memujukku wahai penciptaku ! Memujuk hati dan memujuk imanku.Malunya aku padaMu Ya Rabb...
Saya benar-benar tersentuh.Kasih Allah tidak pernah berkurang,mendekati hati tatkala kosong,tidak pernah mengecewakan.Sungguh.Namun kasih saya padaNya?
Saya terus memujuk hati...Jalan Allah yang saya pilih ini masih panjang.Memerlukan komitmen yang tinggi.
"Teruslah bertahan wahai HATI"
HE WILL NEVER LEAVE YOU ALONE
Posted by amalia at 7:25 AM 0 comments
Sunday, May 30, 2010
Rombongan bertandang ke rumah
Rasa bahagia.Semalam ada rombongan datang rumah.Waktu tu, kami satu keluarga baru ja balik kenduri kahwin.Tapi ayah takda kat rumah sebab terus pegi kedai nak cuci keta.
Emak: "akak,cepat call ayah balik rumah .Ada orang mai rumah ! "
Saya terus sarungkan tudung semula, berlari ke ruang tamu.Bersalaman dengan rombongan tersebut.
Si isteri: Eh akak,lama tak jumpa.Dah besar...
Saya terus mengukir senyuman.Oh,jiran lama rupanya...
Si suami : Lama lagi ka ayah nak balik, akak?Kami datang bawa hajat...
Si isteri : Eh abang ni , x pa la...Kita lambat sikit.Minum air teh anak dara ni buat.*sambil tsenyum pada saya*
Saya: Eh,kejap ja lagi.Ayah suruh tunggu.Ayah cakap sikit lagi dah nak siap...
Saya terus terfikir.apakah hajat yang dimaksudkan...Mungkinkah?
"GGGrrrrr..........."
Tahukah anda apa hajat mereka?
Mungkin jangkaan anda tepat !
Betul.tepat sekali.
undangan WALIMATUL URUS
Puteri mereka, sebaya dengan saya akan melangsungkan perkahwinan pada 10 June ini
Alhamdulillah,"dah jodoh"...kata orang tua-tua
Saya gembira.Tak sabar rasanya menghadiri walimatul urus rakan sendiri.

Mungkin minggu ni saya akan sedikit sibuk menyiapkan bunga telur untuk dihadiahkan kepadanya.Sangat teruja.Tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa.
Setelah rombongan tersebut pulang,ayah bersuara," ada ramai lagi tak kawan-kawan akak yang nak kenduri'?
Dalam hati saya bermonolog,"ayah,akak bila lagi ? "
Wednesday, May 26, 2010
mesej pada bakal zaujah
Saya terbaca di http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11212.msg137919;topicseen#top rasa indah,rasa tersentuh.Wajar dikongsi :)
Pada saat itu,Jiwa saya bergelora, Walaupun serba salah.... Tetapi saya tetap bertegas untuk menghantar massege kepadanya.... Lalu button Telefon CSL Model i200F ditekan ------------------------------------------------------------------------------ Assalamualaikum.... Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah... Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak... tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti.. hari2 yang pasti.. Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ... tp saya selalu tersenyum didalam hati ... agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ... Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ... tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ... saya tak perlu bertanyakanya ... dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti... Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ... tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ... tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'.. di hari2 yg pasti... Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ... tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ... untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti.. Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ... tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ... tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ... yg diidam2kan oleh semua insani... Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ... tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ... memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti... Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ... Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ... Di hari2 yang pasti ... Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ... Untuk hari jadi awak ... Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ... Dari saya untuk awak..tidak lagi Dihari2 yang pasti... Awak yakinlah,percayalah... Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak, Tetapi rindu tika ini tidak akan Membawa kepada rindu saya pada ilahi ... Kerana ia bukan hari2 yang pasti... Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ... Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga Membawa kepada cinta saya pada ilahi ... Kerana ia bukan hari2 yang pasti... Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ... Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI.. Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ... Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan Untuk memberi saya harapan .... Tika saya kesedihan awak bersedia ... Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan, Tika saya berseorangan awaklah teman ... Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ... Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi... Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ... Berdoalah untuk hari2 yang pasti ... Hari2 yang pasti bagi mereka yang ... Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ... Dan itulah jalan yang telah islam berikan ... -Selamat Malam Awak- Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti... Handset ditutup..... Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan segala perasaanku melalui massege tadi, Dengan pengorbanan yang kubuat, Kuharap Allah akan menghadiahkanku, Bidadari di dunia dan diakhirat, Yang kenikmatannya lebih kekal abadi..... Amiinn... |
Posted by amalia at 7:48 PM 0 comments
Monday, May 10, 2010
bila akak sayang mak
Mak,akak saaaaayang mak ...
akak rindu,nak balik rumah.
rumah kita bahagia.
"SELAMAT HARI IBU"
Akak selalu doa,moga Allah sentiasa memberkati mak,aminnYaRobbalalamin
Posted by amalia at 2:50 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


