Monday, April 22, 2013

ia tiada di tepian pantai



Untuk pertama kalinya masa taaruf bersama seorang adik,
Ada soalan yang sangat menggelikan hati

“Akak pandai main skate?”

Habis terbuarai ketawa halaqah kami.

“Awak nampak akak ni ada gaya ke ber’skate?’"

Sungguh saya tak mampu menahan ketawa, terkejut.

“Nampak gaya macam pandai main skate” balasnya dengan sengih
.
“Awak, akak awak ni kaki bangku sebab dia pernah sakit kaki dulu masa kecik- kecik. Doktor cakap kalau main lagi, nanti kalau jatuh lagi sekali lambat nak hilang.”







Banyak betul pandangan manusia  kepada kita.
Yang di depan memberi ini, bukan bermakna tinggi lagi darjat imannya.
Adik, kakak awak bukannya manusia sempurna sayang.
Yang cukup serba serbi amalnya,
Kerana iman itu tidak senang-senang kita kutip di tepian pantai

Wednesday, December 12, 2012

doa yang baik- baik ; rambut tocang dua!


Bismillahirrahmanirrahim

Allah,
 ampunilah dosanya,
Curahkan rahmat kepadanya,
Sentosakanlah dia,
Maafkanlah dia,
Muliakanlah kedudukannya,
Luaskanlah tempat masuknya,
Bersihkanlah dia dengan  air, salji dan embun;
Bersihkanlah dia dari dosa- dosa sebagaimana bersihnya kain yang putih  daripada kotoran;
Gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia;
Gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia;
Gantilah pasangannya dengan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia;
Masukkanlah dia ke dalam syurga;
Dan peliharalah dia daripada seksa kubur
 dan seksa api neraka

(riwayat muslim no.963)

Semua doa yang baik- baik buat arwah.
Tarikh ini 12/12/12 ;
tok wan pulang menemukan sang kekasih,
 semoga bertemu kita di syurga, tok wan.


Rasa baru semalam melihat garis- garis halus senyuman pada muka tok wan,
Baru semalam tok wan minum kopi pekat dalam cawan lutsinar,
Tok wan belikan air soya sedap yang kami suka minum,
Tok wan hantar kakak masuk pertandingan bercerita masa masa 6 tahun.
Kakak ikat rambut tocang 2
Tok wan tunggu tepi stage, tapi banyak yang kakak lupa.
Tapi kakak still dapat no 2 peringkat daerah.
Dari atas stage kakak nampak muka tok wan berseri- seri
Macam baru sangat….

Tapi bila Allah berkehendakkan sesuatu, pasti sesuatu itu terjadi
Walau kakak jauh.
Allah, moga kakak terus kuat  punya hati yang redha.

Monday, December 10, 2012

mereka yang murni jiwanya


Kalau kita rasa bintik – bintik putih pada stokin merah jambu  sangat comel.
Apatah lagi ini;


“Dan orang- orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan)  mereka ( Muhajirin), mereka cintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan ( Muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang- orang yang beruntung.” 
(50:09)


“meskipun mereka sendiri memerlukan… ”

Allah, tolong.
Izinkan kami menjadi assabiqul al-awwalun;  seperti ‘mereka’ yang murni jiwanya.

Sunday, December 9, 2012

wali


Bismillahirrahmanirrahim

Doakan tok wan;
semoga  semua dimudahkan Allah
diri yang sebenarnya cuba menahan  lara hati




“Ingatlah wali- wali Allah itu,tidak ada rasa takut pada mereka, 
dan mereka tidak bersedih hati”



Kepingin jadi wali Allah; mereka yang dekat dengan Allah.
wali manusia sudah terasa dekat, inikan  pula  Allah.
mesti dekat yang bukan sembareno,
 yang pasti; penuh rasa manis.


‘Allah, aku mahu diriku dekat dengan ENGKAU’
dekat dan terus dekat

Saturday, November 3, 2012

molekul halus oksigen


Pada  tiap bulatan kecil molekul oksigen yang dihirup;
Pasti ada juga yang mahu menyelinap masuk curi- curi,
Halus tapi punya kuasa yang menakutkan!

Hey, tolong kuat!
Allah kan ada

“Dan orang- orang yang terdahulu lagi yang pertama- tama (masuk islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah.” (09:100)

menjadi antara yang pertama
 tak langsung menjanjikan simpulan ketawa yang berpanjangan;
tapi penuh dengan moment- moment istimewa bukan?

Sunday, October 28, 2012

refleksi amal


melihat yang lain;
tak henti- henti berlari mengejar DIA
terus menerus rasa kerdil.
bukan kerdil yang biasa- biasa
bukan sekadar  rasa yang dipenuhi hasad

rasa kecil di celahan amalan  manusia
bimbang di mata Allah turut kerdil.
Nauzubillah
refleksi tingkatkan amal

Friday, October 26, 2012

untuk yang lebih besar nilaianya


untuk raya korban tahun ini
mungkin lebih mendalam maksudnya;
kerana pemikiran kita bukan macam dulu- dulu  lagi; pemikiran kanak- kanak.
jalan yang telah kita pilih tidak pernah menjadi pendek jalannya,
apatah mengurangkan
apa- apa yang perlu dikorbankan.

kisah tadi,
memang menyentuh;
nabi Ibarahim, sarah dan hajar.
tak sedar hampir ada juntaian putih kristal yang turun. aishh

Wednesday, October 24, 2012

dia yang diam bersembunyi


Banyaknya;
kita yang tak mampu mengawal rasa .
kita yang tak mampu membuang prasangka- prasangka.

Bukan banyaknya salah org lain;
sebenar- benarnya salah diri sendiri
 tak mampu mengawal nafsu 
membuang gejolak jahat  yang  sembunyi sifatnya.

Ajari nafsu;
 tunduk dengan iman
 tenang mendengar kalimah Tuhan.



catatan pagi  ;
9 zulhijjah 1433H
0126 am

Monday, October 22, 2012

habuk- habuk kuning



desir habuk yang bertaburan itu selalu mengganggu.
turbulence yang terhasil kerap juga merobek jiwa.

“aku takut habuk- habuk yang banyak. 
 aku senang tertempias influenza.”

Sensitif sangat rupanya kau pada habuk- habuk  sampah udara
yang selalunya tidak ternampak oleh mata kasar.
habuk- habuk yang besar, 
habuk- habuk kuning ada engkau  takut?

habuk- habuk jahiliyah? – retorik buat jiwa sendiri !




dental school garden

ah, tapi aku suka habuk- habuk hitam- kopi! Heee, selamat pagi.

Saturday, September 29, 2012

oh! harap- harap



kita ambil cinta dari langit;


subhanallah,
lama 
 tidak menabur cinta di sini.


dan InshaAllah,
bakal berpindah ke hostel yang baru;

esok
suasana baru
atmosfera baru
jiran- jiran baru
tapi semestinya langit masih sama
langit biru, awan putih.
juga bersama rumput hijau.
semestinya!


“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya , tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka” (17:44)

Oh,
harap- harap 
suasana dari bilik baru 
 cantik
tenang
seperti dari sini
malam ini.
Ameen

Saturday, August 18, 2012

“Taqabbalallahu minna wa mingkum”


Langit  tidak henti- henti menangis dari subuh semalam
Mendung dan terus mendung.
Kata emak, barangkali langit juga menangisi pemergian ramadan
Padahal beberapa minggu sebelum,
panas terik seperti tidak mungkin ada hujan sama sekali.

Hati tidak mampu lagi menanggung sebak
Mulut juga tidak mampu  mengikut bait- bait kata lagu hari raya; seperti dahulu.
 Yang ada hanya air mata, mengalir laju mengikut melodi lagu.
Entah, sedih yang bertambah- bertambah.
Meninggalkan Ramadan pergi.
Meninggalkan hadiah dari DIA.

Lagi – lagi sebak bila mendengarkan ini;
Nabi S.A.W bila mana berjumpa sesama orang islam di hari raya, baginda akan mengucapkan kalimah
“Taqabbalallahu minna wa mingkum”
(semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu)

Hati, tolong kuat!
Kerana bergembira di hari raya adalah sunnah  Nabi S.A.W , bersedih- sedihan di hari raya bukanlah daripada ajaran islam.

Tuesday, August 14, 2012

pang! tampar pipi


Ini memang menitiskan air mata bergelen- gelen;

Malik bin Anas menitiskan air mata ketika berbuka puasa, ditanya oleh muridnya.
Aduh, dengarkan jawapan Malik bin Anas.

“ Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah S.A.W. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedang aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit”.

Pang! Tampar pipi, jentik jiwa.



Monday, August 13, 2012

satu dua satu


satu: “dia tidak pernah tahu awak tidak suka begitu?”

dua: “hmm.. enggak. aku pingin berubah, bukannya mengubah.”

satu:“ Iya- iyalah, patutnya sama- sama berubah; punya sifat yang cantik. Bukan itu yang awak belajar dari tarbiyah?”

Saturday, August 11, 2012

120812


sudah 11 hari di rumah. Alhamdulillah
Tipu sangat kalau tak rindu biah di sana.
……..

Bila  berbuka  semalam;
 abang bercerita  kisah adik- adik  rumah anak yatim
Dia sebak, habis semua yang lain turut sebak.
Tak sanggup nak menguyah makanan,
Apalagi nak menambah nasi dalam pinggan.
Banyak cerita yang saya sendiri tidak sanggup dengar; 
tubir mata sudah panas barangkali.
Terus habiskan suapan yang terakhir
Lambat- lambat  baca doa habis makan, masuk bilik.

Wednesday, August 1, 2012

hadiah bulan suci


 Mereka yang  kuat;
biar ada yang pergi dulu
berjumpa Illahi.

Hebatnya ke-kuatan yang Allah pinjamkan buat mereka.

Benarlah Ramadan ini hadiah
buat hati- hati bersedia mahu diisi

tenang
selagi mana Dia dalam hati    

Allah, tolong.
tolong tingkatkan  enjin jua momentum bulan suci,
bulan barokah.

Sunday, July 29, 2012

pembeli jiwa


andai kita tahu; 
DIA pembeli jiwa 
mana mungkin
kita menjual yang buruk- buruk
yang kotor- kotor.

masa lapang itu membunuh jiwa pemuda.

07:27am
Kautsar, Bangalore.

Friday, July 27, 2012

tahun satu


Subhanallah
tahun satu  pergi
dengan beribu cerita didikan DIA.

Allah,
terima kasih
KAU resahkan hati, berkali- kali
kerana mahu menyemai benih tawakal dalam diri.

dengan tawakal itu kita meneruskan kehidupan
mewakilkan segala urusan pada DIA.

nikmat kesihatan yang ditarik sewaktu professional exam
benar- benar mengunci hati
tulus tawakal hanya pada Al- Waqeel.



mahu pulang, kadang- kadang sukar berkata tidak;

" Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirnya dengan susah payah(pula) (46:15)

Allah, 
moga apa- apa pun
redha MU sentiasa ada.

Monday, July 23, 2012

resah

satu rasa
resah.

doakan!


Saturday, July 21, 2012

hari 1


Selalunya Allah akan hantar seseorang mahupun sesuatu untuk memurnikan jiwa  yang tidak tenang:

“awak, tadi saya baca tafsir surah Ali- Imran, ada huraian perang badar dan perang uhud. Baru saya betul- betul sedar, tiada yang lebih kuat melainkan Allah. Kemenangan ada pada DIA.  Bukan pada banyaknya tentera. Seperti kita, kemenangan dalam exam bukan kerana banyaknya ilmu kita. Saya rasa saya dah baca banyak, tapi entah kenapa Allah hijab pemikiran saya waktu jawab. Yang simple, saya rasa tahu tapi tak boleh tulis. Mungkin kerana dosa yang menghijab. Itupun sebenarnya awak, saya rasa banyak sangat yang Allah dah tolong… ”

Bergetar nurani
Allah hantar untuk membersihkan hati.

Pergantungan itu hanya selayaknya pada DIA.

“terima kasih awak sebab ingatkan!”

………………………

 Ahlan wasahlan Ramadan. Semoga hati bersih dengan kedatanganmu.
moga taqwa itu milik kita

Friday, July 20, 2012

lisan lembut


sekarang kerap fikir sendiri;

saya rasa percakapan
kata- kata yang saya guna
susun atur ayat
jadi semakin kasar
tidak macam dulu.
atau saya sendiri yang rasa pelik sendiri – sendiri.

tutur kata kita
refleks hati kita sebenarnya.
Jika Allah dalam hati
mana mungkin yang pelik- pelik
keluar dari mulut kita.

Allah,
tolong kami jaga hati kami.



“Allah, kurniakan kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu"