Sunday, June 24, 2012
pada angin itu ada perkataan 'istimewa'!
Tiba- tiba angin rindu pada mereka bertandang.
Tenang dan mendamaikan
Emak: Duni tengok, muka kakak ni dah makin sama dengan ayah.
Bahagian dagu tu, memang macam ayah.
Ayah cepat- cepat sampuk, makin hari muka saya macam emak
pulak katanya.
“Makin cantik la tu.” Erkk
Saya terus ketawa tak henti- henti.
Allah, moga kasih sayang saya buat mereka
tulus
terus menuju syurga.
.....
sms dari ayah, rasanya dah genap setahun usia. Masih dalam handfon
sampai skrg
“ Tak pa kakak, dia uji pada yang kuat dan tahan ujian saja.
Ayah dan emak tak pernah gusar dgn kekuatan kakak. Ayah tahu anak ayah cukup
istimewa dan hebat cumanya bukan semua peluang adalah milik kita, akan ada nanti
peluang itu adalah milik kita. insyaAllah! “
menangis kerana perkataan ‘istimewa’ itu.. terima kasih ayah!
Posted by amalia at 4:46 AM 0 comments
Friday, June 22, 2012
teliti dengan keteliti-an
Tidak mahu mencuci;
pakaian putih bersama pakaian hitam.
seperti itu juga sepatutnya;
hati- hati, teliti
tidak mahu ibadah bercampur riak dan tinggi diri
kerana ia;
gelap
hitam
merosakkan yang
putih.
Posted by amalia at 1:45 AM 0 comments
Thursday, June 21, 2012
doa- sifatnya menguatkan
Alhamdulillah
Hari ini secara officially, tamat segala class pengajian tahun pertama.
petang pula, tamat end
block assessment yg terakhir bagi phase
1.
Tapi sebenarnya ada beberapa revision classes lagi dalam 3 minggu sebelum professional exam yg
bakal menjelang.
Baru beberapa hari lepas mendapat panggilan dari tok wan
“kakak macam mana? Rasa-
rasa boleh ka jadi doctor ni..?”
Saya tersenyum sendiri. Dalam hati tergelak kecil- baru 1st year tok wan.
“InsyaAllah tok wan.
Tok wan doakan tau. Kakak pelan- pelan belajaq, insyaAllah”
Tok wan tak habis- habis pesan, hati kena jaga- hati kena
bersih.
Rasa terharu. Ramai yang tak putus- putus mendoakan.
Terima kasih, doa kalian yang menguatkan selama ini.
Doa kalian jua yg menguatkan saya dalam DnT .
Perlahan saya mengayuh,
Semakin hari- beban semakin berat dirasa
Alhamdulillah, Allah tidak pernah membiarkan kayuhan itu
terhenti
Walaupun kadang- kadang saya putus harapan.
Tapi tetap ditolak dari setiap angle.
Berhenti untuk melepaskan lelah,
mengelap peluh masin yg menitis.
Allah, banyak yg telah engkau mudahkan.
Banyak kesusahan yang
telah terlupa-kan.
Posted by amalia at 10:00 AM 0 comments
Wednesday, June 20, 2012
Monday, June 18, 2012
terlupa-kan
gadis itu punya tabiat
sebelum tidur;
membersih, mengemas dan menyusun
menggosok baju
merancang esok hari
supaya bila bangun
dia tersenyum kerana
semua sudah tersusun rapi
lengkap dan kemas!
Hatinya tenang.
tapi gadis itu selalu lupa
asyik meninjau ke luar
memburu burung di langit
lupa untuk menoleh ke belakang;
mengutip nilai yg barangkali terlupakan.
dia seorang muda
semangatnya bagai angin bulan juni
bertiup kencang
doakan dia;
si gadis
Posted by amalia at 12:18 PM 0 comments
Sunday, June 17, 2012
beruang koko
berdebar- debar hati
banyak yang berlaku,
banyak juga yang
belum
tetapi kerap bermain di fikiran
Allah, tolong.
Sedangkan hati seorang muslim itu seharusnya tenang, lembut
dan kuat.
Allah, mudahkan.
Mudahkan segalanya…
Jika itu baik bagi kami
dan baik juga buat keluarga kami.
langit belgaum yang mendung,
atmosfera yang sejuk,
kadangkala buat rasa rindu pada kehangatan mentari semakin memuncak.
hmm,
mana erti syukur dalam kamus hidup kamu?
.....
suka ambil gambar,
suka juga menulis.
ya,semakin suka! - saya
Posted by amalia at 6:00 AM 0 comments
Saturday, June 16, 2012
retak- retak
Kadang- kadang
perlu belai dan tenangkan hati dengan alam
supaya hati dapat membesar dengan baik
diisi dengan perkara baik juga.
“ Maka tidakkah
mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami membangunnya
dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak- retak sedikit pun?” (50:06)
Hanya hati yang penuh, dapat mengisi hati – hati
Posted by amalia at 12:15 PM 0 comments
Friday, June 15, 2012
kek marble!
Rindu pada murabbi terubat
kerana Allah tidak pernah mengurangkan rasa itu
"And He has united their ( believers') hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly He is All-Mighty, All-Wise"
(08:63)
Posted by amalia at 8:58 AM 4 comments
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 11, 2012
pagi
Usai subuh, duduk berteleku di sejadah
“Allah, janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat.
Sungguh Engkau tidak pernah mengingkari janji.”
(3: 194)
Tak mungkin tidak, dalam hati kecil tidak pernah terdetik rasa itu.
Duduk lama- lama…
“ Sesungguhnya, Aku tidak menyiakan amal- amal orang yang
beramal di antara kamu…” (3: 195)
langit sudah kembali cantik
seperti dulu
ketika hati mula terpaut pada keindahannya
seperti angin september
tidak pernah gagal menyejukkan jiwa
Posted by amalia at 6:27 PM 0 comments
Sunday, June 10, 2012
Saturday, June 9, 2012
senyum pada strawberry!
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah
tadi petang dah habis end block assessment
utk Basic Molecular Biology & Pharmacology. Tinggal lagi satu block
lagi utk habiskan tahun pertama dan menunggu final exam. Dan tak sangka jugak
dah habis satu badan rupanya belajar anatomy,
block yg lepas ni hanya 2 minggu- Host & environmental block yang tak
ada class anatomy langsung, cuma class microbiology.
Lepas ini bakal merindui anatomy..
Usai exam, saya terus bergegas untuk solat
asar di common room sebab dah janji
dengan ima nak teman ambil baju dekat tailor
dan nak buat baju raya sepasang sebelum balik Malaysia. Wah ni dah mood balik Malaysia.
Sebelum pulang singgah
di More sebab nak beli barang- barang
masak utk anak- anak usrah saya yang comel- comel semuanya. Besok pagi nak
picnic insyaAllah.
Saya tengok Ima
bukan main muka berseri- seri tengok buah – buah baru sampai satu lori besar.
Kejap dia pegang manga, lepas tu laici, kejap pegang plump! Sambil senyum- senyum… Tak habis- habis dia ulang sampai ke
kaunter!
“seronoknya tengok buah banyak- banyak…kan?”
Saya senyum lagi
sambil angguk- angguk. Saya pandang ke belakang semula, ke tempat buah dan
sayur. Dan kali ni lagi banyak buah yang dah disusun cantik.
Subhnallah,
kenapa rasa seronok bila tengok? Macam heaven
pulak rasanya. Ini baru dunia, patut lah
dalam banyak- banyak makanan dalam dunia, buah jugak yang Allah pilih untuk disebut
dengan banyak dalam Quran.
Teringat video ‘A day in jannah’ oleh Abdul Nasir
Jangda. Jiwa rasa mekar mendengar
huraian syurga oleh beliau melalui tafsir surah Yasin.
“There will be fruit and will have whatever
they desire” (36: 57)
Bukan hanya
buah, tapi semua.
"everything and anything…"
Berharap menjadi
sebahagian dari mereka, walau kita bukan sapa- sapa.
“inhabitants of Paradise today are busy will
enjoy” (36: 55)
Posted by amalia at 10:16 AM 0 comments
Thursday, June 7, 2012
ombak dan awan
Benar,
Bila- bila memikirkan,
ukhwah tidak perlu diperjuangkan
kerana ia terbit dari iman
buah dari rasa cinta kepada DIA
jika rindu, kirimkan doa
hembus pada ombak yang putih
semoga hujungnya disapa awan biru
bumi belgaum sudah mula dibuai lembut dingin musim hujan.
rupanya bumi juga rindu bau hujan
bumi belgaum sudah mula dibuai lembut dingin musim hujan.
rupanya bumi juga rindu bau hujan
Posted by amalia at 12:53 PM 4 comments
Monday, June 4, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)