Untuk pertama kalinya masa taaruf bersama seorang adik,
Ada soalan yang sangat menggelikan hati
“Akak pandai main
skate?”
Habis terbuarai ketawa halaqah kami.
“Awak nampak akak ni
ada gaya ke ber’skate?’"
Sungguh saya tak mampu menahan ketawa, terkejut.
“Nampak gaya macam
pandai main skate” balasnya dengan sengih
.
“Awak, akak awak ni
kaki bangku sebab dia pernah sakit kaki dulu masa kecik- kecik. Doktor cakap
kalau main lagi, nanti kalau jatuh lagi sekali lambat nak hilang.”
Banyak betul pandangan manusia kepada kita.
Yang di depan memberi ini, bukan bermakna tinggi lagi darjat
imannya.
Adik, kakak awak bukannya manusia sempurna sayang.
Yang cukup serba serbi amalnya,
Kerana iman itu tidak senang-senang kita kutip di tepian pantai
0 comments:
Post a Comment