Wednesday, May 30, 2012

28:77


“Mustahil orang yang dalam hatinya ada Allah
Sanggup berbuat tidak baik kepada manusia lain”


28:77
Bungkam!
Sepi…

Allah sedang mentarbiyah melalui manusia


Tuesday, May 29, 2012

obses pada kamu!

Surga,
jadikan aku obses pada kamu,
kerna aku mahu bertemu DIA.


Surga,
sepertinya kamu jauh bangat...




Surga,
I love you..


pagi yang indah, 0044
selamat tidur Belgaum

Sunday, May 27, 2012

kenangan


Melihat Dr.Pitke bergegas pulang awal bagi mendaftar
anak lelaki berusia 4 tahun ke sekolah
sudah mampu melahirkan sebak yang menggunung dalam dada!
Entah, tiba- tiba rasa itu datang.
Sambil menunggu lif,
terlihat lagi  kelibat beliau berlari- lari anak bersama topi keledar
sudah lambat barangkali…
Sedari keluar dari anatomy museum saya berusaha menahan air mata itu
Tapi tak mampu
Keluar dan meluncur laju tak mahu berhenti!
Tiba- tiba ada tangan kecil mengusap dari belakang
“ Amalia rindu ayah amalia eh…?”


Saya mengangguk perlahan…semakin sebak, padahal fizikal mereka jauh benar bezanya. Cuma kasih sayang itu sama dan cukup mengharukan.
masakan seorang ayah tidak risau akan anaknya.
 Masa depan anaknya. Ataupun mungkin saya hanya mengimbau kenangan lampau, kecik- kecik saya lebih rapat dengan ayah berbanding emak. 
Dulu kecik- kecik saya ingat emak sayangkan abang lebih dari saya, tapi saya tak kisah sebab saya rapat dengan ayah.
 Bila dah besar lain jadinya, mungkin sebab rasa lebih selesa berbual dengan emak. 
Mungkin saya lebih banyak menangis di hadapan emak berbanding ayah, ayah pula semakin sibuk.
 Saya tidak pernah menyalahkan ayah, kerana komitmen kerja kadangkala mengurangkan masa kami berbual, masa bercerita.
 Tapi saya tahu, ayah saya masih orang yang sama...

“ Terfikir, kasih sayang yang Allah tunjuk melalui kasih sayang ayah- anak, emak-anak sudah cukup mengharukan hati, apatah lagi kasih sayang DIA buat kita secara direct. Mesti lagi hebat…”

Malu pulak nak masuk kelas semula sebab mata dah merah…

 
Allah,
sayangilah mereka
Belailah mereka dengan cinta dan rahmat  agung itu

p/s: selama ini, kita fikir hanya kita yang memikirkan masalah diri sendiri
tapi kita lupa mereka selalu memikirkan kita, tidak putus- putus berdoa buat kita. 

Wednesday, May 23, 2012

telus dan penuh rasa CINTA


Bismillahirrahmanirrahim

Subhanallah,
Tak sangka
ramai benar yang Allah bukakan pintu hati
untuk menitiskan air mata
bila menonton video Bilal bin Rabah huraian DR maza
hebat benar sahabat mencintai baginda
telus dan penuh rasa cinta!

Sungguh, dakwah baginda tidak pernah kering dengan kasih sayang

Saturday, May 19, 2012

seni yang HEBAT


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam dah masuk hari kedua handfon saya buat hal

Kejap hidup- kejap mati

Kadang- kadang pada waktu yang genting…

Sehinggakan saya mula berkira- kira membeli hanfon yang baru

Mula kira bajet- lagipun handfon tu dah boleh hampir 2 tahun

Boleh tahan lama jugak dia bertahan.

Saya mula belek mesej- mesej lama dalam phone

Tersenyum sendiri

macam baca diari pulak

tiba- tiba teringat macam- macam perkara

ada sms jadual kelas, sms  dari cikgu  EE, semua ada…

wah, masih segar rupanya ingatan saya

stimulus seperti sms pun sudah mengingatkan kita dengan banyak perkara

Hebatnya DIA mencipta otak kita
^_^
…..
Tiba- tiba saya terbaca satu sms yang membuatkan saya terkedu

Amalia, sebenarnya saya ada  post  sesuatu  dlm blog utk awak. Nanti awak boleh tengok di  blog saya.  www…. blogspot. Moga awak terus  kuat…” – sahabat

Seingat saya, saya pernah membaca post tersebut.  Tapi  apa salahnya kalau baca lagi sekali, sekadar mengungkap kenangan.

Saya terus cepat- cepat bukak laptop dan mencari semula rangkain tersebut. Mencari ‘older post

Saya dapat mengagak - terasa ada air panas yang mengalir di pipi

Panas, cukup  untuk membasahkan kenangan

“DIA sedang melakar takdir dengan penuh kasih sayang”

Dan untuk ini, saya turut menangis .

Memang DIA sedang melakar takdir dengan penuh seni

Penuh cinta dan rahmat

Hanya yang mahu menilai akan dapat menilai seni pada takdir hidupnya.

Kalau dulu saya menerima, tapi tipulah kalau kadang- kadang tiada rasa sedih yang bertandang

Tipulah kalau saya cakap saya tak rasa apa- apa, saya okay dan cukup kuat.

Bila ada orang cakap, “ awak kuat, saya yakin!”

Hanya senyuman yang mampu saya balas, kerana saya tahu saya tidak kuat sama sekali .

Cumanya saya tahu, saya ada DIA.

DIA yang memberi kekuatan itu.  DIA yang HEBAT itu. Cukuplah…

Kadang- kadang saya ada bertanya pada DIA, kenapa saya yang kena? Kenapa?

Tapi tiada jawapan.

Kerana jawapannya ada pada hidup saya sekarang.

Jawapan yang mampu membuatkan jiwa saya  tersenyum sendiri

Tak perlu kita membezakan kehidupan kita dengan orang lain

Kadang kala kita kita asyik membeza- bezakan nikmat

Hingga  lupa bersyukur dengan nikmat yang banyak

Sedikit sangat ujian kita, berbanding dengan nikmat dan cinta DIA


Post ini buat sahabat yang jauh itu
Terima kasih awak . kadang- kadang kita perlukan kenangan untuk terus merasai kehadiran DIA dalam hidup kita.  semoga DIA terus ada dalam hati .




Wednesday, May 16, 2012

awan


Menjadi awan,
Cuba  untuk tunduk,
memandang bumi dengan penuh kasih sayang

Aduh, penat benar mengejar dunia
Semakin dikejar
Semakin seronok pula dia berlari
Kalau tidak dikejar
khuatir hilang  ibadah yang dijanjikan DIA

Hidup ini bukan hidup main- main
Kalau main pun harus bersungguh
Apa lagi untuk hidup
Harus bersungguh jua!

Kerana  hidup ini tujuaannya mengutip redha
Bukan hanya menghirup angin dan berlalu  pergi  begitu sahaja



p/s: mencari bekalan  dari dunia buat akhirat

Thursday, May 3, 2012

tangga


Bismillahirrahmanirrahim

semalam, semasa sambut harijadi sahabat 

ada seorang sahabat  dari jauh  senyum,

 datang duduk sebelah saya dan berbisik

“ agak – agaknya nya dalam batch kita ni sapa yg kawin dulu?”

saya pon turut senyum sambil geleng- geleng.

“ kita tunggu sama- sama, nantikan…”

sahabat tersebut terus tergelak kecil. Saya turut ikut ketawa.
…..

saya suka memerhati secara diam,

nampaknya ramai yang dah tahu memasak

dari yang tak pernah masuk dapur, terus pandai buat kek

dari yang tak tahu rempah ratus, terus jadi hebat memasak masakan tradisional

dari yang dahulunya asyik sibuk melihat resipi, terus jadi pakar bab campak mencampak semasa memasak.

kalau berbual, kadang- kadang tak lari dari topik yang sama:

“eh, hari ni masak apa?”
“ petang ni nak keluar beli ayam, nak tumpang pesan apa- apa tak? ”
“jiran, ada bawang lebih tak?”
“ eh, ada tak pinggan  yang saya bagi cekodok semalam ?”


saya senyum bila mendengar perbualan- perbualan seperti itu

kadang- kadang rasa kelakar,

syukur, kita tahu kita semakin membesar.
…..
tapi suka saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa persedian untuk tangga yang seterusnya bukan hanya 

pada skill memasak , skill mengemas ataupun skill melakukan banyak kerja pada satu masa!

tapi juga persediaan ilmu;  sama ada kita betul- betul sudah beramal dan berakhlak dengan akhlak sebenar 

individu muslim ataupun tidak.

moga tangga seterusnya menjadi tangga ke SYURGA,

 insyaAllah