Thursday, March 29, 2012
Wednesday, March 28, 2012
hitam
Semalam ada sahabat ‘share’, lebih kurang macam inilah ayatnya:
“Bicara DIA tiada pernah berhenti”
Saya tersentuh, tertunduk.
Saya teringat pulak perkongsian seorang kakak:
“Untuk menyelami bicara Allah, cubalah berinteraksi dengan peristiwa”
…..
Jiwa saya menangis
banyaknya bicara ALLAH yang saya terlepas pandang
membiarkan ia berlalu tanpa sebarang erti
saya lupa, banyak yang Allah lepaskan saya dengan ujian dunia
banyak kali saya mengeluh, dan sebanyak itulah jua Allah melepaskan ujian itu
mungkin lebih banyak dari keluhan
belum sempat mengeluh, Allah terlebih dahulu lepaskan ujian itu
kerana DIA tahu
hambaNYA ini lemah
rupanya bila semakin membesar, saya semakin sedar hakikat hidup
‘kita terlalu memandang besar perkara kecil, hingga kita lupa perkara besar dalam hidup ini”
…
Kita yang harus berinteraksi dengan perisitiwa
Mencari dan memberi erti pada sebuah pengalaman hidup
kerana ALLAH tidak pernah berhenti berbicara dengan kita
Dulu saya banyak mengeluh
Banyak mengeluarkan perkataan
“ Kalaulah aku… pasti aku…”
Alhamdulillah, sekarang saya semakin jelas
Hidup ini tidak perlu dibayangi dengan sejarah hitam
Kerana hitam itu akan bertukar ceria jika kita bijak mencari warna lain sebagai gabungannya
Hidup bukanlah bergerak ke belakang, tapi ke depan
Penuh dengan harapan bukannya kesuraman
Juga saya tahu
DIA selalu dekat
J
Posted by amalia at 11:28 AM 0 comments
Saturday, March 24, 2012
saya nak jadi awan
Bismillahirrahmanirrahim
Tadi saya berbual dgn roommate:
“Awak, saya rasa macam nak jadi awan …”
“ Kenapa? ” dia senyum.
“Hehehe, saya pon tak tahu… saya rasa awan ni boleh pecah- pecah kalau dia dah penuh”
Saya turut gelak kecil.
Dalam hati, “ eh, apa aku merepek ni…?”
Lepas tu terus pergi coffe shop; minum cold coffee. Alhamdulillah sedap sangat.
Saya pelik, dulu di Malaysia saya memang kumpulan anti- susu segar. Sekarang dah terbalik- dah tak kisah. Adakah ini bermakna saya sudah berubah? Oh, janganlah…
Saya terus fikir apa yang saya nak cakap tadi?
Saya tengok awan cantik, adakah ini bermakna saya ingin menjadi cantik seperti awan? Indah dipandang? Eh, rasanya bukan kerana itu semata- mata.
Tapi keywordnya masih
“CANTIK”
saya nak jadi cantik macam awan
di mana- mana pun si awan tetap dengan sifatnya:
tidak pernah jemu ‘memberi’ hujan pada bumi
Si awan tidak pernah memilih bumi; gersang atau subur
memberi keteduhan buat bumi dan isinya dari terik sang matahari
walaupun sangat jauh – langit dan bumi
biarpun untuk hujan, si awan terpaksa meng’kelabu’kan dirinya
Si awan tetap setia dengan sifatnya yang cantik itu
mulia benar sifatmu yang Allah ciptakan wahai awan
.....
Posted by amalia at 12:13 PM 0 comments
Wednesday, March 21, 2012
soal hati
Saya memang tak mampu luahkan KEMARAHAN dengan kata- kata !!!
Rasa sakit pendam sendirian… Biarlah ia pudar sendirian jua tanpa sebarang gangguan syaitan yang senantiasa membakar perasaan amarah dalam hati manusia…
Allah, jika ia logam maka Engkau biarlah ia tertanam cantik dalam hati
Namun jika ia karat jahiliyyah yang menghakis hati ini,
maka Engkau biarkanlah ia luntur,
berganti dengan akhlak yang Engkau rahmati.
Posted by amalia at 1:26 AM 0 comments
Sunday, March 18, 2012
hidup perlu diberi erti
Semalam saya culas
Ah, mungkin saya sudah lupa janji dengan Allah
Mahu memberi erti pada hidup ini
Wahai hati,
Gerakkan jiwamu
Harus mujahadah meski untuk perkara halus
Biar tampak kecil bagi manusia
Tapi besar buat Allah
Mungkin dengan perkara kecil halus itu
Allah sentuh hidup kita dengan barakah
Memilih kita utk terus dekat dengan DIA
Ah. biarlah manusia melihatnya dengan lirikan mata
Tapi Allah melihat dengan pandangan kasih-DIA
Posted by amalia at 12:16 PM 0 comments
Friday, March 9, 2012
cinta DIA urusan kita
Bismillahirrahmanirrahim
Semalam sebelum tidur, ada seorang kakak comel hantar sms:
“Cintakan DIA itu urusan kita, cinta manusia itu urusan DIA”
Terima kasih kakak comel, saya takkan berhenti mengejar cinta DIA kerana saya tahu cinta manusia belum pasti saya temui sebelum saya bertemu mati.
Jika Allah izinkan, insyaAllah
Jika tidak, tak mengapa
Biarlah cinta DIA terus mekar
Kerana cinta DIA tak pernah mengecewakan hati nurani
Allah tidak mahu saya lupakan cinta DIA,
yang tak pernah ada tempoh masa,
agung dan indah sepanjang usia...
Posted by amalia at 12:46 AM 2 comments
Wednesday, March 7, 2012
tak semudah berbuat untuk manusia
Rupa- rupanya saya baru faham
…..
Kefahaman itu akan meningkat bersama kematangan
Dan kematangan itu tidak punya parameter
Bukan tempoh masa menentukan kematangan
Dan juga bukan ilmu penentu kematangan
Bukannya nilaian manusia
Betullah
Tarbiyah ini tarbiyah Allah
Bukan tarbiyah dari manusia
Patutlah ia sukar
Berbuat untuk Allah
Tak semudah berbuat untuk manusia
Posted by amalia at 10:23 AM 0 comments