Selalunya Allah akan hantar
seseorang mahupun sesuatu untuk memurnikan jiwa yang tidak tenang:
“awak, tadi saya baca tafsir
surah Ali- Imran, ada huraian perang badar dan perang uhud. Baru saya betul-
betul sedar, tiada yang lebih kuat melainkan Allah. Kemenangan ada pada
DIA. Bukan pada banyaknya tentera.
Seperti kita, kemenangan dalam exam
bukan kerana banyaknya ilmu kita. Saya rasa saya dah baca banyak, tapi entah
kenapa Allah hijab pemikiran saya waktu jawab. Yang simple, saya rasa tahu tapi tak boleh tulis. Mungkin kerana dosa
yang menghijab. Itupun sebenarnya awak, saya rasa banyak sangat yang Allah dah tolong… ”
Bergetar nurani
Allah hantar untuk
membersihkan hati.
Pergantungan itu hanya selayaknya
pada DIA.
“terima kasih awak sebab ingatkan!”
………………………
Ahlan wasahlan
Ramadan. Semoga hati bersih dengan kedatanganmu.
moga taqwa itu milik kita
0 comments:
Post a Comment