Monday, June 18, 2012

terlupa-kan


gadis itu punya tabiat
sebelum tidur;

membersih, mengemas dan menyusun
menggosok baju
merancang esok hari
supaya bila bangun
dia tersenyum kerana
semua sudah tersusun rapi
lengkap dan kemas!
Hatinya tenang.



tapi gadis itu selalu lupa
asyik meninjau ke luar
memburu burung di langit
lupa untuk menoleh ke belakang;
mengutip nilai yg barangkali terlupakan.

dia  seorang muda
semangatnya bagai angin bulan juni
bertiup kencang
doakan dia; 
si gadis 

0 comments: