Sunday, June 24, 2012

pada angin itu ada perkataan 'istimewa'!


Tiba- tiba angin rindu pada mereka bertandang.
Tenang dan mendamaikan

Emak: Duni tengok, muka kakak ni dah makin sama dengan ayah. Bahagian dagu tu, memang macam ayah.
Ayah cepat- cepat sampuk, makin hari muka saya macam emak pulak katanya.
“Makin cantik la tu.” Erkk
Saya terus ketawa tak henti- henti.

Allah, moga kasih sayang saya buat mereka
tulus
terus menuju syurga.


.....

sms dari ayah, rasanya dah genap setahun usia. Masih dalam handfon sampai skrg

“ Tak pa kakak, dia uji pada yang kuat dan tahan ujian saja. Ayah dan emak tak pernah gusar dgn kekuatan kakak. Ayah tahu anak ayah cukup istimewa dan hebat cumanya bukan semua peluang adalah milik kita, akan ada nanti peluang itu adalah milik kita. insyaAllah! “

menangis kerana  perkataan ‘istimewa’ itu.. terima kasih ayah!

0 comments: