Bismillahirrahmanirrahim
semalam, semasa sambut harijadi sahabat
ada seorang sahabat
dari jauh senyum,
datang duduk sebelah
saya dan berbisik
“ agak – agaknya nya
dalam batch kita ni sapa yg kawin dulu?”
saya pon turut senyum sambil geleng- geleng.
“ kita tunggu sama-
sama, nantikan…”
sahabat tersebut terus tergelak kecil. Saya turut ikut
ketawa.
…..
saya suka memerhati secara diam,
nampaknya ramai yang dah tahu memasak
dari yang tak pernah masuk dapur, terus pandai buat kek
dari yang tak tahu rempah ratus, terus jadi hebat memasak
masakan tradisional
dari yang dahulunya asyik sibuk melihat resipi, terus jadi
pakar bab campak mencampak semasa memasak.
kalau berbual, kadang- kadang tak lari dari topik yang sama:
“eh, hari ni masak apa?”
“ petang ni nak keluar
beli ayam, nak tumpang pesan apa- apa tak? ”
“jiran, ada bawang lebih
tak?”
“ eh, ada tak pinggan yang saya bagi cekodok semalam ?”
saya senyum bila mendengar perbualan- perbualan seperti itu
kadang- kadang rasa kelakar,
syukur, kita tahu kita semakin membesar.
…..
tapi suka saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa
persedian untuk tangga yang seterusnya bukan hanya
pada skill memasak , skill
mengemas ataupun skill melakukan banyak kerja pada satu masa!
tapi juga persediaan ilmu; sama ada kita betul- betul sudah beramal dan
berakhlak dengan akhlak sebenar
individu muslim ataupun tidak.
moga tangga seterusnya menjadi tangga ke SYURGA,
insyaAllah
2 comments:
hang memg suka bunga kan? ngeee~~ x leh naik tangga g, alu x rasa hang masak g.. erk.. hah
eh, mmg i tokleh naik tangga lagi! weee
Post a Comment