Bismillahirrahmanirrahim
Semalam dah masuk hari kedua
handfon saya buat hal
Kejap hidup- kejap mati
Kadang- kadang pada waktu yang
genting…
Sehinggakan saya mula berkira- kira
membeli hanfon yang baru
Mula kira bajet- lagipun handfon tu
dah boleh hampir 2 tahun
Boleh tahan lama jugak dia
bertahan.
Saya mula belek mesej- mesej lama
dalam phone
Tersenyum sendiri
macam baca diari pulak
tiba- tiba teringat macam- macam
perkara
ada sms jadual kelas, sms dari cikgu
EE, semua ada…
wah, masih segar rupanya ingatan
saya
stimulus seperti sms pun sudah
mengingatkan kita dengan banyak perkara
Hebatnya DIA mencipta otak kita
^_^
…..
Tiba- tiba saya terbaca satu sms
yang membuatkan saya terkedu
“Amalia, sebenarnya saya ada post
sesuatu dlm blog utk awak. Nanti
awak boleh tengok di blog saya. www…. blogspot. Moga awak terus kuat…” – sahabat
Seingat saya, saya pernah membaca
post tersebut. Tapi apa salahnya kalau baca lagi sekali, sekadar
mengungkap kenangan.
Saya terus cepat- cepat bukak
laptop dan mencari semula rangkain tersebut. Mencari ‘older post’
Saya dapat mengagak - terasa ada
air panas yang mengalir di pipi
Panas, cukup untuk membasahkan kenangan
Dan untuk ini, saya turut menangis
.
Memang DIA sedang melakar takdir
dengan penuh seni
Penuh cinta dan rahmat
Hanya yang mahu menilai akan dapat
menilai seni pada takdir hidupnya.
Kalau dulu saya menerima, tapi
tipulah kalau kadang- kadang tiada rasa sedih yang bertandang
Tipulah kalau saya cakap saya tak
rasa apa- apa, saya okay dan cukup kuat.
Bila ada orang cakap, “ awak kuat,
saya yakin!”
Hanya senyuman yang mampu saya
balas, kerana saya tahu saya tidak kuat sama sekali .
Cumanya saya tahu, saya ada DIA.
DIA yang memberi kekuatan itu. DIA yang HEBAT itu. Cukuplah…
Kadang- kadang saya ada bertanya
pada DIA, kenapa saya yang kena? Kenapa?
Tapi tiada jawapan.
Kerana jawapannya ada pada hidup
saya sekarang.
Jawapan yang mampu membuatkan jiwa
saya tersenyum sendiri
Tak perlu kita membezakan kehidupan
kita dengan orang lain
Kadang kala kita kita asyik
membeza- bezakan nikmat
Hingga lupa bersyukur dengan nikmat yang banyak
Sedikit sangat ujian kita,
berbanding dengan nikmat dan cinta DIA
Post ini buat sahabat yang jauh itu
Terima kasih awak . kadang- kadang
kita perlukan kenangan untuk terus merasai kehadiran DIA dalam hidup kita. semoga DIA terus ada dalam hati .
0 comments:
Post a Comment