Wednesday, May 30, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Sunday, May 27, 2012
kenangan
Melihat Dr.Pitke bergegas pulang awal
bagi mendaftar
anak lelaki berusia 4 tahun ke
sekolah
sudah mampu melahirkan sebak yang
menggunung dalam dada!
Entah, tiba- tiba rasa itu datang.
Sambil menunggu lif,
terlihat lagi kelibat beliau berlari- lari anak bersama topi
keledar
sudah lambat barangkali…
Sedari keluar dari anatomy museum
saya berusaha menahan air mata itu
Tapi tak mampu
Keluar dan meluncur laju tak mahu
berhenti!
Tiba- tiba ada tangan kecil
mengusap dari belakang
“ Amalia rindu ayah amalia eh…?”
Saya mengangguk perlahan…semakin
sebak, padahal fizikal mereka jauh benar bezanya. Cuma kasih sayang itu sama
dan cukup mengharukan.
masakan seorang ayah tidak risau
akan anaknya.
Masa depan anaknya. Ataupun mungkin saya hanya mengimbau kenangan lampau, kecik- kecik saya lebih rapat dengan ayah berbanding emak.
Dulu kecik- kecik saya ingat emak sayangkan abang lebih dari saya, tapi saya tak kisah sebab saya rapat dengan ayah.
Bila dah besar lain jadinya, mungkin sebab rasa lebih selesa berbual dengan emak.
Mungkin saya lebih banyak menangis di hadapan emak berbanding ayah, ayah pula semakin sibuk.
Saya tidak pernah menyalahkan ayah, kerana komitmen kerja kadangkala mengurangkan masa kami berbual, masa bercerita.
Tapi saya tahu, ayah saya masih orang yang sama...
“ Terfikir, kasih sayang yang Allah tunjuk
melalui kasih sayang ayah- anak, emak-anak sudah cukup mengharukan hati, apatah
lagi kasih sayang DIA buat kita secara direct. Mesti lagi hebat…”
Malu pulak nak masuk kelas semula sebab mata
dah merah…
Allah,
sayangilah mereka
Belailah mereka dengan cinta dan
rahmat agung itu
p/s: selama ini, kita fikir hanya
kita yang memikirkan masalah diri sendiri
tapi kita lupa mereka selalu
memikirkan kita, tidak putus- putus berdoa buat kita.
Posted by amalia at 12:08 PM 0 comments
Wednesday, May 23, 2012
telus dan penuh rasa CINTA
Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah,
Tak
sangka
ramai
benar yang Allah bukakan pintu hati
untuk
menitiskan air mata
bila
menonton video Bilal bin Rabah huraian DR maza
hebat
benar sahabat mencintai baginda
telus
dan penuh rasa cinta!
Sungguh,
dakwah baginda tidak pernah kering dengan kasih sayang
Posted by amalia at 8:59 AM 0 comments
Saturday, May 19, 2012
seni yang HEBAT
Bismillahirrahmanirrahim
Semalam dah masuk hari kedua
handfon saya buat hal
Kejap hidup- kejap mati
Kadang- kadang pada waktu yang
genting…
Sehinggakan saya mula berkira- kira
membeli hanfon yang baru
Mula kira bajet- lagipun handfon tu
dah boleh hampir 2 tahun
Boleh tahan lama jugak dia
bertahan.
Saya mula belek mesej- mesej lama
dalam phone
Tersenyum sendiri
macam baca diari pulak
tiba- tiba teringat macam- macam
perkara
ada sms jadual kelas, sms dari cikgu
EE, semua ada…
wah, masih segar rupanya ingatan
saya
stimulus seperti sms pun sudah
mengingatkan kita dengan banyak perkara
Hebatnya DIA mencipta otak kita
^_^
…..
Tiba- tiba saya terbaca satu sms
yang membuatkan saya terkedu
“Amalia, sebenarnya saya ada post
sesuatu dlm blog utk awak. Nanti
awak boleh tengok di blog saya. www…. blogspot. Moga awak terus kuat…” – sahabat
Seingat saya, saya pernah membaca
post tersebut. Tapi apa salahnya kalau baca lagi sekali, sekadar
mengungkap kenangan.
Saya terus cepat- cepat bukak
laptop dan mencari semula rangkain tersebut. Mencari ‘older post’
Saya dapat mengagak - terasa ada
air panas yang mengalir di pipi
Panas, cukup untuk membasahkan kenangan
Dan untuk ini, saya turut menangis
.
Memang DIA sedang melakar takdir
dengan penuh seni
Penuh cinta dan rahmat
Hanya yang mahu menilai akan dapat
menilai seni pada takdir hidupnya.
Kalau dulu saya menerima, tapi
tipulah kalau kadang- kadang tiada rasa sedih yang bertandang
Tipulah kalau saya cakap saya tak
rasa apa- apa, saya okay dan cukup kuat.
Bila ada orang cakap, “ awak kuat,
saya yakin!”
Hanya senyuman yang mampu saya
balas, kerana saya tahu saya tidak kuat sama sekali .
Cumanya saya tahu, saya ada DIA.
DIA yang memberi kekuatan itu. DIA yang HEBAT itu. Cukuplah…
Kadang- kadang saya ada bertanya
pada DIA, kenapa saya yang kena? Kenapa?
Tapi tiada jawapan.
Kerana jawapannya ada pada hidup
saya sekarang.
Jawapan yang mampu membuatkan jiwa
saya tersenyum sendiri
Tak perlu kita membezakan kehidupan
kita dengan orang lain
Kadang kala kita kita asyik
membeza- bezakan nikmat
Hingga lupa bersyukur dengan nikmat yang banyak
Sedikit sangat ujian kita,
berbanding dengan nikmat dan cinta DIA
Post ini buat sahabat yang jauh itu
Terima kasih awak . kadang- kadang
kita perlukan kenangan untuk terus merasai kehadiran DIA dalam hidup kita. semoga DIA terus ada dalam hati .
Posted by amalia at 11:36 PM 0 comments
Wednesday, May 16, 2012
awan
Menjadi awan,
Cuba untuk tunduk,
memandang bumi dengan
penuh kasih sayang
Aduh, penat benar mengejar dunia
Semakin dikejar
Semakin seronok pula dia berlari
Kalau tidak dikejar
khuatir hilang ibadah yang dijanjikan DIA
Hidup ini bukan hidup main- main
Kalau main pun harus bersungguh
Apa lagi untuk hidup
Harus bersungguh jua!
Kerana hidup ini tujuaannya mengutip redha
Bukan hanya menghirup angin dan
berlalu pergi begitu sahaja
p/s: mencari bekalan dari dunia buat akhirat
Posted by amalia at 7:28 PM 0 comments
Thursday, May 3, 2012
tangga
Bismillahirrahmanirrahim
semalam, semasa sambut harijadi sahabat
ada seorang sahabat
dari jauh senyum,
datang duduk sebelah
saya dan berbisik
“ agak – agaknya nya
dalam batch kita ni sapa yg kawin dulu?”
saya pon turut senyum sambil geleng- geleng.
“ kita tunggu sama-
sama, nantikan…”
sahabat tersebut terus tergelak kecil. Saya turut ikut
ketawa.
…..
saya suka memerhati secara diam,
nampaknya ramai yang dah tahu memasak
dari yang tak pernah masuk dapur, terus pandai buat kek
dari yang tak tahu rempah ratus, terus jadi hebat memasak
masakan tradisional
dari yang dahulunya asyik sibuk melihat resipi, terus jadi
pakar bab campak mencampak semasa memasak.
kalau berbual, kadang- kadang tak lari dari topik yang sama:
“eh, hari ni masak apa?”
“ petang ni nak keluar
beli ayam, nak tumpang pesan apa- apa tak? ”
“jiran, ada bawang lebih
tak?”
“ eh, ada tak pinggan yang saya bagi cekodok semalam ?”
saya senyum bila mendengar perbualan- perbualan seperti itu
kadang- kadang rasa kelakar,
syukur, kita tahu kita semakin membesar.
…..
tapi suka saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa
persedian untuk tangga yang seterusnya bukan hanya
pada skill memasak , skill
mengemas ataupun skill melakukan banyak kerja pada satu masa!
tapi juga persediaan ilmu; sama ada kita betul- betul sudah beramal dan
berakhlak dengan akhlak sebenar
individu muslim ataupun tidak.
moga tangga seterusnya menjadi tangga ke SYURGA,
insyaAllah
Posted by amalia at 1:59 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)