Monday, April 16, 2012

istigfar seperti bintang



Tiba- tiba teringat bait kata seseorang:


“ Indahnya jika istigfar kita sempurna, cantik seperti bintang yang berkedip “


Allah, saya sangat takut hilang nilai istigfar yang saya ucapkan hari- hari.

Kadang- kadang rasa, kadang- kadang tidak.

Kadang- kadang istigfar hanya di mulut bukan pada hati.

Takut hilang nilai kerana hilangnya rasa dalam diri.


“Salah satu fitnah berbahaya yang akan merebak di akhir zaman adalah banyaknya orang-orang yang mengaku beriman namun keimanannya tidak istiqamah” - Agar Hati Tak Mati Berkali-kali


Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan hati saya tenang; mengenangkan DIA yang Maha Pemurah

Kita manusia, memang tidak punya kuasa untuk terus memastikan iman kita pada tahap yang tinggi kerana iman itu ada turun naiknya.

Berkali- kali saya tonton video pendek Yusha Evans- The Man who Killed 99 people. Dan tiap kali itulah saya rasa tenang mengenangkan rahmat DIA.

Benar, kita memang tak mampu menahan diri dari sebarang dosa. Allah boleh sahaja menciptakan manusia terus bebas dari dosa, tapi kenapa Allah menjadikan manusia dekat dengan dosa dekat juga dengan pahala?

Kerana DIA suka apabila kita menangis, memohon ampun dan berharap dengan sepenuh pengharapan kepada DIA bila kita menyedari bahawa kita ini hanya hamba yang lemah, banyak pula melakukan dosa.

Berkeinginan untuk berubah; memohon ampun, mencari dan berharap pada rahmatNya- itulah sebaik- baik perbuatan seorang hamba pada tuannya.

Pintu itu selalu terbuka buat kita yang punya keinginan mencari kunci sebenar

0 comments: