Monday, February 20, 2012

biarlah tiada pantai dan deruan ombak laut


Assalamualaikum

Hmm… tak tahu nak mula macam mana

sebab dah lama tak update blog rasanya,

jadi rasa sukar sedikit untuk menyusun kata- kata

Saya sebenarnya teringin nak berkongsi rasa dengan kalian

cerita kami- sisters belgaum berjaulah ke Goa pada minggu lepas

pernah dengar tak Goa?

Okay, cuba ingat betul- betul. pernah kan?

Kita pernah belajar sejarah- Vasco Da Gama menjumpai Goa

Lalu beberapa tahun kemudian, Alfonso pula menjumpai Melaka

Lalu Melaka diserang portugis.

Serangan itulah yang menjatuhkan islam di Melaka

Sedih mengenangkan Melaka yang dahulunya gah, menjadi tumpuan pedagang- pedagang

Hebat seluruh pelusuk dunia kerana islam di Melaka pada waktu itu kuat

Perdagangan menjadi sangat adil, dan islam turut berkembang dengan pesat dengan kedatangan

pendakwah islam dari tanah arab dan sebagainya.

Melaka menjadi hebat kerana nilai islam diimplementasi dalam kehidupan

Hebat bukan islam?

Tapi akhirnya pintu pertahanan Melaka lolos kerana askar pada waktu itu sibuk dengan hiburan dan emas yang sangat banyak - dikatakan Melaka menjadi tempat longgokan emas dunia

Sehingga lupa dengan tanggungjawab menjaga tanah islam iaitu tanah Melaka

Info ini saya peroleh sewaktu kursus btn melalui fasilitator kumpulan saya,

biar ramai mengecam hebat kursus itu, bagi saya tidak

apa kata kita cari yang baik

lalu kita simpan kemas dalam hati

…..

Okay, berbalik semula kepada cerita Goa

sepetang di Goa pada hari pertama membuatkan saya teringatkan kawasan peranginan tepi pantai di Malaysia

Tak jauh banyak bezanya, mungkin di Goa ombak lebih kuat kerana angin yang kuat dari Arabian sea.

Usai membaca mathurat jemaah di tepi pantai, semua tak sabar nak melihat sunset yang cantik.

Dan memang di mana- mana, sunset memang cantik kerana Allah memang menjadikannya cantik

Subhanallah

Pada waktu yang sama juga, kelihatan kedai- kedai sekitar pantai mula memasang lampu beraneka warna, mula menyususun kerusi dan meja, juga turut mula memasang lagu- lagu yang membingitkan telinga dan menyesakkan hati

Saya berjalan pulang ke guest house dengan perasaan yang bercampur aduk

Entah, saya rasa sedih melihatkan realiti

Realiti kehidupan orang lain di luar

Bukan saya mengatakan bahawa kehidupan saya penuh dengan kebaikan. Tidak!

Tapi saya sedih kerana saya jarang memikirkan realiti umat

Saya terus dilamun perasaan saya sendiri sepanjang perjalanan pulang ke guest house

Setelah beberapa minit berjalan, ima bersuara,

“Sedih melihat hidup yang hanya dipenuhi dengan hiburan malampau. Diorang tak penat ke? Kita yang tengok ni pon rasa penat. Rasa kosong…“

……

Lagi sedih mengenangkan suatu masa dahulu, islam juga turut bertapak dengan kuat di bumi india begitu juga di Goa kerana menjadi tempat persinggahan pedagang islam arab yang tekun menyebarkan islam

Tapi sekarang, tersangatlah susah nak mencari makanan halal

Walaupun hakikatnya ramai orang islam di situ

Kami mula merindukan Belgaum

Biarlah tiada pantai dan deruan ombak laut

Tapi hembusan bayu islam masih dirasai…

0 comments: