Bismillahirrahmanirrahim…
Memang Allah telah mengatur susun alam ini dengan cantik
Tiada satu pun yang tidak dicipta dengan teliti dan indah
Subhanallah
Tapi siapalah kita,
Sering lupa memandang alam dengan mata hati
Hanya memandang alam ini dengan pandangan kasar
Tapi juga untuk memandang
Ya, hati !
Sungguh, saya takut memikirkan hati saya sendiri
Adakah sudah digunakan sebaik mungkin?
Allah, hadiahi saya dengan hati yang bersih
Agar saya tidak terlepas memandangan sesuatu dengan mata hati
Saya teringatkan sebuah kisah sewaktu di Mumbai
ketika bercuti dengan rakan-rakan sempena cuti Aidiladha beberapa bulan yang lepas
…..
Pada hari terakhir perjalanan, usai sahaja makan di restoran kami pon sedang be
rsiap- siap utk solat jamak zohor dan asar
Memandangkan saya lambat makan, jadi lambat jugak turn saya utk ke tandas
Tandas tersebut memang sangat kecil. Ada satu tandas utk buang air, dan dalam tandas tu la jgk
boleh tahan la jugak, tak kotor sgt.
cuma kecik saiz tandasnya
Ramai tempe tak puas hati tunggu kami sebab lambat
Tapi nak buat mcm mana, mintak maaf banyak banyak ye
Ketika melangkah kaki dari sebuah tandas awam di utk kembali ke restoran
Tiba- tiba saya ditegur oleh seorang hamba Allah, seorang lelaki dalam awal 30-an
Man: Assalamualaikum sister, do you want to perform prayer? Namas? *namas =solat
Dengan teragak- agak saya mengangguk. Takut jgk bila disapa oleh orang yang tak dikenali. Tup tap tanya pulak kita nak solat ke?
Man: Oh, lets come to my shop. You can namas there
( sambil tersenyum , menunjukkan ke arah kedainya di sebelah)
Mungkin dia nampak saya ragu- ragu. Lalu dia menghalakan pandangan dan jarinya ke arah satu lagi kedai, kedai sebelah kedainya. Oh, ada lagi seorang rakan saya sedang solat di kedai sebelah rupanya!
Waktu tu, tanpa ragu-ragu saya terus tersenyum lalu menganggukkan kepala. Saya pun melangkah masuk ke dalam kedai yang cantik tu, kedai dinding kaca. Kecik saja kedainya.
Serius cantik, nampak kemas dan tersusun- kedai jual baju dan jeans.
Man: Can you wait for a while? I’m going upstairs to take a prayer mat for u.
Rasanya kat ats tu bahagian stor.
Dia turun semula, hamparkan sejadah dan keluar dari kedai. dia tunggu di luar.
Usai memberikan salam , terus saya lihat beberapa org rakan saya turut diajak untuk solat di kedai beliau. Dia siap naik atas, cari lagi sejadah!
Subhanallah, waktu tu rasa nak menangis…
sebab sangat tersentuh
walau siapa pon kita, di mana pon kita
tiada apa yang dapat menghubungkan kita melainkan tali aqidah
tali akidah yang akan mengikat kita
Bukannya warna kulit
Bukan bangsa
Apatah lagi bahasa!
Usai solat saya keluar menemui pemuda tersebut utk mengucapkan terima kasih.
Man: I saw some of your friends pray on the chairs. That’s why I asked u to pray here. Because I’m a muslim …
Lagi la saya rasa nak jerit dalam hati, “ Subhanallah!”
Allah nak tunjuk, Islam ni ada ja kat mana- mana ja
selagi mana kita berpegang dengan tali aqidah yang sama
kita akan dapat merasai manisnya islam
.....
Tahu tak kami solat di bahagian mana?
Bukan fitting room apatah lagi stor
Tapi bahagian utama kedai beliau!
Yang pastinya dia kehilangan pelanggan dengan membiarkan kami solat di bahagian tgh kedai
Moga ganjaran pahala Allah menantinya
Memang ada banyak kesulitan sebenarnya nak solat kat india ni kalau bermusafir sebab banyak homeless kat tepi jalan
Jadinya tepi jalan kotor, ada najis.
Yang ada hanyalah fitting room. Tu pon sebenarnya susah sgt nak cari fitting room.
Ikhlas saya mengaku bila dia nak offer tempat utk solat, saya memikirkan perkara yang buruk
Takut jugak sebab sekarang kan ramai islamaphobia. Takut dia ada niat yang bukan-bukan.
Lihatlah dunia skrg, bila org nak buat baik denagn kita pon
Kita akan pelik bila org buat baik
Tapi rasa biasa pulak bila ramai org nak buat benda- benda jahat. Kan?
Dalam trip kami tiada seorang pun pelajar lelaki, jadi kami selalu beringat sesama sendiri utk menjaga diri masing-masing dan juga sababat.
Juga berfikir dan bertindak dengan baik dalam setiap tindakan yang diambil.
Ayah saya ada b'pesan utk ajak lelaki join trip ni. Ajak kerana soal keselamatan.
Takut jugak sebab ini india, negara yang kurang stabil keadaan politiknya dan keselamatan.
Tapi Alhamdulillah, akhirnya kata sepakat semua perempuan sahaja
Alhamdulillah, tiada sebarang masalah besar yang berlaku
Ada la beberapa masalah kecik, normal la kan ada masalah sikit waktu bermusafir.
Syukur, semua dapat diselesaikan dengan bantuan Allah…
Terima kasih Allah
banyak sangat ibrah perjalanan kami.
tak terkira…
chowpatti beach, mumbai
Lihatlah dunia,
Cari persamaan,
Bukannya perbezaan,
Kelak engkau akan merasai,
manisnya islam yang engkau genggami.
3 comments:
Subhanallah... rasa nak menjerit!!! seronok baca kisah ni. betul, tali akidah tu sgt mengikat antara org islam! subhanallah!! amalia, may Allah be with you always! <3
tersentuh hati baca post amalia ni!! terharu..betol sgt psl akidah mngikat stiap umat islam di dunia ni.
teringinnye nak rase ikatan aqidah tu ^_^
jazakillah for the story :)
arina & bella: cantik ja kan bila Allah hubungkan kita dgn org lain dengan aqidah, bukannya benda lain...walaupon aqidah tu tersimpan dalam, tp tetap terpancar dgn akhlak, kat mana- mana pon akan rasa roh Islam :)
bella: nnti fly insyaAllah, akan lebih rasa manisnya islam. hehehe,selamat terbang bella!
Moga Allah mudahkan segala urusan
:)
Post a Comment