Bismillahirrahmanirrahim
Semalam ke marutti galli, terasa hendak membeli sesuatu
Tapi sebenarnya, ada tarbiyyah Allah menanti
Hehehehe
Usai membeli barang, ina terpandangkan sebuah kedai optometrist
Baru saya teringat, spec ina dh tercabut skru
Entah ke mana hilangnya, hilang dalam girl common room waktu samudra minggu lepas.
Mula- mula ina malu sebab dia guna selotep utk gantikan skru yg hilang
Tapi saya buat- buat tak malu, suruh ina tunjuk jugak spec mata tu
Mula- mula org yg baiki tu cakap 5 minit
Tapi dh tunggu 10 minit, dia tak mula baiki lagi
Padahal, ala.. skru je pon
Dalam hati, ‘Husnuzon…’
Jadi saya ajak ina pergi kedai lain sebab ada lagi barang ina yang tak dibeli
Selepas 15 minit, kami datang semula
Tapi hampa, tengok- tengok dia masih belum buat!
Saya tengok muka ina dah lain,
Bila orang tu mula baiki skru spec ina, ada pelanggan pulak
Datang dan pergi tak henti- henti
Dan setiap kali pelanggan datang, maksudnya kerja lelaki tersebut terbengkalai…
Maka, semakin lama lah kena tunggu
Padahal, ada dua pekerja dalam kedai
Saya pelik, kenapa dua- dua org perlu layan pelanggan?
Saya terus maniskan muka, tp dalam hati hanya Allah yang tahu
Muka ina dah lain, sebab dah beberapa kali dia mintak cepatkan.
Tba- tiba, datang lagi dua org makcik, mintak ketatkan skru spec mata dan baiki kanta
Kami sedang duduk, hanya melihat dengan pandangan kosong
Kedua- dua mereka melayan mak cik tersebut dengan baik, tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Tiada sebarang bayaran rupanya!
Tapi lelaki tersebut masih menggelengkan kepala, senyum dan membalas:
“ No money for this, just include me in your du’a…”
Dia kembali tersenyum, dan berkata:
Kami berdua terkesima. Orang Islam rupanya
Inilah akhlak islam, cantik dan indah.
Apa perasaan saya waktu itu?
kalaulah dia mendengar sangkaan hati saya
Dalam perjalanan pulang, saya dan ina refleks diri masing- masing
Kita rasa hati kita punya sabar yang memuncak, tapi sebenarnya tidak.
Kadang- kadang akhlak muslim di india lebih terserlah berbanding di Malaysia
Kalau di Malaysia, mintak baiki sikit sekurang- kurangnya rm5, tak pon rm1 kena bayar
Saya rasa malu, banyak tarbiyyah Allah jika kita guna hati utk memandang.
Teringat huraian hadis 26 - hadis sedekah
Jika kita menolong orang kerana nilai kemanusiaan, maka ubahlah.
Bukan kerana nilai itu, tp kerana falsafah agama - sedekah.