Thursday, November 4, 2010

jauh di mata, dekat di hati

Salam sayang

Saya menulis kerana mahu mengukir semula, bimbang terpadam kenangan itu

:)

Kenangan kita dilakar dengan cantik
Dengan penuh rasa kasih sayang
Diwarnai dengan warna - warni bunga kepahitan dan kemanisan
Sungguh, saya rasa terpanggil untuk mewarnainya semula bersama anda - anda
Menceriakan semula warna - warnanya yang hampir kusam

.

Terima kasih
terima kasih untuk sahabat- sahabat saya di Sultanah Asma School
juga di Mara Junior College Kubang Pasu
anda mana mungkin bisa hilang dari kanvas kehidupan saya
Kerna warna- warna anda sudah terlakar dengan cantik
sudah terukir dengan penuh sifat ketelitian

insyaAllah
Warna- warna dan bunga- bunga yang indah itu tidak akan saya petik
Kerana dengan warna dan bunga-bunga itulah saya belajar
Saya belajar mengenal erti melukis pelbagai jenis "bunga"
"bunga kemanisan"
juga
"bunga kepahitan"

moga- moga kita menjadi insan yang lebih tabah
mengharungi lautan ini yang hanya sementara
lautan yang menyambung kita kepada "negeri abadi"
moga- moga "pelayaran" kita ini diredhai-Nya
Aminnn...

Buat sahabat saya, Raihah Rashid
:)

Saya suka award itu

Rindu awak lah !
Rasa nak balik menjadi lebih muda
:)

0 comments: