Wednesday, September 29, 2010

‎(57:22-23) + (2:216)


Salam sayang

Kisah saya
Malam semalam dlm lrt; perjalanan dari Sogo ke Bukit Jalil amat menarik, seorang sahabat saya menjerit kesyukuran dan kegembiraan lantaran menerima panggilan telefon dari seseorang yg juga kenalan saya di kolej.Habis kecoh satu lrt itu ;) Alhamdulillah,beliau b'jaya mendapat tawaran ke Cork @ Galway,Ireland.

Tika itu hati saya berdegup,agak kencang !
Memikirkan bagaimanakah pula keputusan interview saya?
Saya terus memegang telefon,mungkin classmate saya juga akan menelefon saya,memberitahu khabar yang sedemikian rupa.
Tiada.Hampa
:(

Saya memeluk bahu beliau erat,tanda berkongsi kegembiraan dengan beliau.
Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan beliau.
:)

Usai solat Isyak di surau Bukit Jalil, junior saya menawarkan laptop dan broadband kerana semua barang saya masih di kedai simpanan barang berbayar .
Tika itu juga telefon saya berbunyi,sahabat saya yg itu juga sukses.
Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan beliau.

Saya cuba tersenyum.
pada masa itu juga,kegusaran saya berada pada tahap maksimum!
Jari-jemari saya bergetar!
Namun,saya tetap kuatkan hati.
Tika itu,kelajuan internet berada pada tahap 10m/h sahaja.
Namun kelajuan jantung saya mengepam darah umpama 210km/h !

Takdir Allah
saya TIDAK tersenarai dalam golongan nama-nama yang terpilih mengikuti program tersebut.
Beberapa kali, berulang-ulang melihat senarai nama tersebut,
akhirnya saya pasrah.

MEMANG NAMA SAYA TIADA

Tiada kata yang mampu diungkapkan pada masa tersebut.
Saya terkesima dan terdiam
menarik nafas dalam- dalam.
Dalam beberapa saat,
terasa ada tangan kecil yang mengusap bahu saya dan menepuk-nepuk belakang saya dengan lembut
sambil berbicara lembut
Tika itu baru saya rasa ada sebak di dada
Hati saya bergetar
Bukan rasa sebak kerana saya kecewa tidak terpilih
tetapi
kecewa kerana saya tidak berlapang dada menerima takdir ini...
Saya tertunduk buat seketika...

...............
Kenapa perasaan itu muncul juga biarpun sekelumit?
Siapalah saya ini untuk mempersoalkan takdir Allah ?
Layakkah saya?
mempersoal apa yang telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz ?

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"
(57: 22-23)

Luarannya saya nampak tabah kerana tidak mengalirkan air mata,namun hati saya
siapa tahu?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui

Saya hantar mesej buat kenalan-kenalan yang selalu dekat pabila saya terasa down

Agar semangat saya kembali pulih

terima kasih kalian,kalian selalu dekat dihati saya

tanda kasih Allah; Allah kurniakan saya sahabat sebaik kalian !

Subhanallah ...

Perjalanan 5 jam dari Bukit Jalil merupakan satu perjalanan yang amat panjang buat saya.Mata saya tidak langsung terlelap walaupun badan saya amat lemah.
Mungkin kerana fikiran saya kosong pada waktu itu...

Dalam perjalanan dari stesen bas ke rumah,saya sampaikan khabar tersebut kepada ayah.Saya susun ayat-ayat agar saya nampak tabah.Berita tersebut juga saya khabarkan kepada emak ketika bersahur . Ayah dan emak saya nampak biasa, memberikan kata-kata semangat buat saya.Mungkin kerana mempunyai pengalaman yang sama dengan abg saya dahulu.

Tetapi saya tahu,mereka dapat membaca isi hati...
Mereka cuba menceriakan hati saya


Selamat tinggal University College Cork dan National University of Ireland,Galway.
InsyaAllah jalan masih terbuka untuk saya ke RCSI mahupun ke University College Dublin.Boleh jadi ke Czech,Poland,Australia ataupun di Malaysia.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(2;216)


Bersabarlah wahai hati

"HE WILL NEVER LEAVE YOU ALONE"

p/s: sahabat2 yang sy tak msg ,sy tahu kalian sangat2 busy. saya bimbang kegelisahan hati yang saya alami menambahkan kegelisahan hati kalian. Namun,kalian tetap BUNGA di hati saya ;)

4 comments:

Anonymous said...

fatin amalia,,,,,
sya sdeyh mndgr luahan hati anda....
nmun itu suma sdah trtulis...
suma tu takdir Allah...
suma tu ada hikmahnya...
apa yg pnting skrg adlah fatin amalia harus tabah mghadapi suma ni....
kuatkan smngt anda...!!!!
mgkin sudah trtulis yg anda tdak akn ke u tu...
tp jln anda msih pnjg n msih sdia mnnti anda....
sya trut bgga punya SAHABAT BAIK sprti anda...
TERIMA KASIH YA ALLAH KERNA TELAH PERTEMUKAN AKU DENGAN HAMBAMU YANG BEGITU TABAH.....AMIN....

salam sayang~
nurain amirah

Anonymous said...

ana harap ukhti Amalia yg ana sayang sentiasa tabah.egt!Allah
itu dekat sangat dengan kita. He wont let us down forever. When the
time is right, He will come help us. Kita cuma perlu bersabar dan terus
berusaha melangkah biarpun kesakitan yang kita tanggung.never G.I.V.E U.P !InsyaAllah.pelangi itu akan muncul juga biarpun petir seketika:)senyummmmmmmmm

yg sentiasa bersamamu,
Fateen Amirah.

Anonymous said...

i know ur feeling dear.He may not give u now bcoz He might give the sunshine after dis.Dont worry too much.doa pada yang maha Esa

cheq adeq~

Asma Amira said...

amalia syg sabaq2 byk2 okay~
i know u'r feeling...
mybe rezeki xda lagi..
igt, suma bnda yg terjadi ada hikmah.
:)